web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


COVID -19: KKM Saran Dos Penggalak Ketiga Untuk Golongan Rentan

Semasa Dikemaskini 9 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 14 Dec 2023 1:47PM

Arahan pengambilan dos penggalak ketiga terutama bagi golongan rentan dan berisiko tinggi akan dikeluarkan tidak lama lagi. gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Kementerian Kesihatan (KKM) menyarankan pengambilan dos penggalak ketiga vaksin COVID-19 terutama bagi golongan rentan dan berisiko tinggi berikutan peningkatan kes kebelakangan ini.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, bekalan vaksin masih mencukupi dan belum mencapai tarikh luput, selain ia berkesan melindungi orang ramai daripada jangkitan mutasi dan strain baharu COVID-19 untuk pelaksanaan dos penggalak ketiga.

"Dos penggalak perlu untuk melindungi kumpulan rentan termasuk warga emas dan golongan komorbid yang mudah terdedah kepada risiko serta kesan memudaratkan.

"Kita (KKM) sedar ada sedikit peningkatan kes (COVID-19) dan mutakhir adalah dalam lebih 12,000. Saya telah memberitahu Kabinet semalam untuk maklum kepada Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) dah ahli (Kabinet) akan situasi ini dan wajar kita berikan perhatian,” katanya kepada pemberita selepas perhimpunan bulanan KKM di sini, hari ini.

Semalam, kes COVID-19 dalam negara dilaporkan meningkat kepada 12,757 kes pada Minggu Epidemiologi ke-49 iaitu dari 3 hingga 9 Disember lalu berbanding 6,796 kes dilaporkan pada minggu sebelumnya.

Kadar kemasukan pesakit COVID-19 termasuk pesakit yang disyaki COVID-19 ke fasiliti kesihatan meningkat 1.4 peratus berbanding minggu sebelumnya serta pengisian katil unit rawatan rapi (ICU) juga meningkat 1.4 peratus.

Beliau berkata, peningkatan itu terkait dengan pergerakan orang merentas negeri menjelang cuti akhir tahun tanpa memakai pelitup muka dan keadaan cuaca.

"Adalah wajar diberi perhatian dan dalam keadaan sesak sebaiknya gunakan pelitup muka dan juga bagi individu bergejala, supaya dapat selamatkan orang lain dengan pelitup muka," katanya.

Ditanya keperluan saringan ketat di pintu masuk negara, Dzulkefly berkata, langkah intervensi dan mitigasi yang sesuai akan diambil segera sekiranya diperlukan.

"Semua ini kriteria yang jelas andai keperluan itu timbul, kita dengan segera akan mengambil langkah intervensi dan mitigasi yang lebih sesuai. Kita tidak mahu terlalu cemas, tapi kita juga tidak ambil mudah,” katanya. -  BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

9.2 Juta Dos Vaksin COVID-19 Terpaksa Dibuang Kerana Tamat Tempoh - Menteri

2

Semasa 5 bulan yang lalu

Tiada Tepung Di Pasaran Tempatan Mengandungi Benzoil Peroksida Melebihi Kadar Dibenarkan - KKM

3

Semasa 5 bulan yang lalu

Hak Kesihatan Bukan Keistimewaan Eksklusif - Dr Dzulkefly

4

Rencana 5 bulan yang lalu

Autisme: Masyarakat Semakin Memahami, Namun Penjaga Perlukan Lebih Banyak Sokongan

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Semasa 1 hari yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Politik 1 hari yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad