web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


JKKP Siasat Insiden Pekerja Kilang Kitar Semula Maut Ketika Lakukan Pembersihan

Semasa Dikemaskini 9 bulan yang lalu ยท Diterbitkan pada 29 Dec 2023 8:06PM

gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Selangor sudah mengarahkan sepasukan pegawainya menyiasat insiden seorang pekerja lelaki maut akibat terjatuh dari tempat tinggi ketika melakukan kerja-kerja pembersihan di sebuah kilang kertas kitar semula di Banting, Rabu lalu. 

JKKP Selangor dalam kenyataan hari ini memaklumkan ia menerima maklumat mengenai insiden yang berlaku pada jam 2.20 petang itu selepas tular di media sosial. 

Menurut JKKP, siasatan awal mendapati mangsa yang berusia 22 tahun bersama seorang rakannya ditugaskan untuk melakukan kerja-kerja pembersihan di bahagian pully pada mesin konveyor solid fuel secara manual iaitu menggunakan penyodok.

"Ketika kejadian, penyodok dan badan mangsa tersangkut di antara pully dan tali sawat konveyor yang sedang beroperasi menyebabkan mangsa tertarik dan berpusing pada pully lalu terjatuh ke bawah melalui sebuah lubang belting tensioner yang berada bersebelahan dengan pully tersebut," katanya.

Kenyataan itu memaklumkan mangsa terjatuh dari ketinggian kira-kira 24 meter dan pegawai perubatan mengesahkan dia meninggal dunia ketika tiba di hospital.

Susulan itu, JKKP Selangor sudah mengeluarkan notis larangan serta-merta atas kegagalan majikan untuk memastikan sistem kerja selamat sehingga berlakunya kemalangan termasuk larangan kacau ganggu di kawasan kemalangan. 

Menurut JKKP,  siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca kemalangan serta pihak yang bertanggungjawab, manakala majikan bakal berdepan tindakan perundangan jika terdapat pelanggaran di bawah peruntukan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994. - BERNAMA 

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 2 bulan yang lalu

Ismail Haniyeh Maut, Serangan Didakwa Dibuat Rejim Zionis

2

Semasa 4 bulan yang lalu

Kanak-kanak Maut Dilanggar Bapa Secara Tak Sengaja

3

Semasa 5 bulan yang lalu

Anak Perempuan KPD Lahad Datu Ditemui Maut, Berlumuran Darah Dalam Bilik

4

Semasa 6 bulan yang lalu

Memandu Secara Berbahaya, Kontraktor Didakwa Sebabkan Kematian 2 Beradik

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia