KUALA LUMPUR - Pengasas syarikat pemula perlu mengambil iktibar daripada pelancaran Pangkalan Data Utama (PADU).
Pempengaruh di X dikenali sebagai Robotys berkata, syarikat pemula yang mahu berjaya harus berani melancarkan produk mereka dan membuat penambahbaikan sepanjang operasi.
Menurut beliau, syarikat pemula yang mahu semuanya sempurna sebelum dilancarkan berpotensi untuk menemui kegagalan.
“Kepada founder, khususnya founder startup tech: ambil iktibar daripada isu PADU ni. Iktibar yang salah: Itulah, diorang (mereka) patut buat betul-betul sebelum launch!
“Iktibar yang betul: Launch je dulu, then fix dan tambah apa yg patut. Itulah rahsia startup yangg berjaya: SHIP IT. Punca startup yang melingkup? Perfect kan dulu then baru launch!,” katanya menerusi ciapan.
Kepada founder, khususnya founder startup tech: ambil iktibar daripada isu PADU ni.
— Robotys (@robotys) January 3, 2024
Iktibar yg salah: "Itulah, diorg patut buat betul2 sebelum launch!"
Iktibar yg betul: "Launch je dulu, then fix dan tambah apa yg patut."
Itulah rahsia startup yg berjaya: SHIP IT
Punca…
Ciapan Robotys itu turut diulang ciap seorang netizen dikenali sebagai YB Kegembiraan.
Dia yang melahirkan pendapat senada berkata, tidak ada mana2 mana sistem berupaya untuk terus sempurna sebaik dilancarkan.
“Kau launch lambat pun mesti ada loophole atau bug. Microsoft sampai sekarang ada versi pirate. Dah berpuluh tahun. Malah cara paling cepat adalah launch dulu, fix berdasarkan feedback yang dapat.
“Setakat ini tiada isu sekuriti besar yang berbangkit kecuali dua: Isu eKYC. Ini dah dijawab semalam kenapa boleh daftar je dulu kemudian sahkan eKYC kemudian. Isu password. Dalam tempoh dua jam setel (settle),” katanya.
Mengambil contoh aplikasi MySejahtera dia berkata, sistem yang menelan kos ratusan juta itu juga pernah mencetuskan kemarahan pengguna pada peringkat awal pelancaran.
“Ini sistem PADU yang kosnya adalah hasil usaha keras penjawat awam dalam tempoh beberapa bulan.
"Dapat feedback, baiki. Dan penjawat awam ini respon dengan pantas setiap loophole dan bug yang ada. Dah macam level orang kerja startup,” katanya. - Getaran, 4 Januari 2023