web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kaamatan Tanpa Sempadan, COVID-19 Bukan Penghalang Sambutan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 May 2021 8:35AM

Pesta Kaamatan disambut meriah berlandaskan SOP ketat.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PENAMPANG - Penularan pandemik COVID-19 di seluruh negara tidak menghalang Pesta Kaamatan disambut meriah di negara ini, walaupun berlandaskan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat, mengikut norma baharu.

Buktinya, sambutan antara acara terpenting di Sabah itu tetap diadakan, meskipun dibuat dalam bentuk rakaman tertunda dan dipancarkan secara dalam talian.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, Pesta Kaamatan akan kekal sebagai platform penting dalam memupuk perpaduan dan kerjasama masyarakat di negeri ini.

Menurut beliau, peranan itu selaras selaras dengan tema sambutan tahun ini Kaamatan Tanpa Sempadan, Demi Pendamaian dan Kedamaian.

"Menerusi perpaduan kuat dan kerjasama erat ini dapat membantu memajukan Sabah ke arah yang lebih baik sejajar dengan hasrat kerajaan negeri di bawah Halatuju Sabah Maju Jaya (SMJ).

"Dalam pada itu, kerajaan negeri terus komited dalam meraikan sambutan perayaan terbesar ini dengan mematuhi semua SOP ditetapkan," katanya ketika merasmikan Sambutan Pesta Kaamatan peringkat negeri di Dewan Hongkod Koisaan, Persatuan Kebudayaan Kadazandusun (KDCA).

Tambahnya, pematuhan SOP itu penting dalam usaha memutuskan rantaian COVID-19 yang kembali membimbangkan ketika ini.

Difahamkan hanya Pertandingan Unduk Ngadau membabitkan 21 peserta berlangsung semalam, manakala ucapan perasmian, persembahan kebudayaan dan nyanyian dilakukan secara rakaman sebelum disiarkan secara langsung di Youtube menerusi saluran (channel) Sabah Gov Official.

Sementara itu, Timbalan Ketua Menteri Sabah merangkap Pengerusi Jawatankuasa Induk Sambutan Perayaan Kaamatan Peringkat Negeri Tahun 2021, Datuk Dr Jeffrey Kitingan mengesahkan majlis berkenaan tidak membabitkan sebarang kehadiran orang ramai, seperti yang sering diadakan ketika sebelum pandemik COVID-19.

"Saya melihat sambutan tahun ini merintis satu dimensi baharu yang mana ia boleh disaksikan sepenuhnya secara dalam talian.

"Menariknya ia banyak membantu Malaysia dalam mempromosikan budaya dan keunikan Sabah kepada pelancong luar negara selepas ia disiarkan secara langsung di media sosial," katanya.

Acara ini jelas beliau, secara tidak langsung dapat memperkenalkan Sabah di mata dunia seterusnya membuka peluang pelaburan asing di sini.

Dalam pada itu, beliau turut mengumumkan penubuhan Yayasan Unduk Ngadau yang akan digunakan untuk membantu kaum wanita di Sabah secara lebih holistik.

"Selaras dengan simbolik lagenda Huminodun, sudah tiba masanya Unduk Ngadau diangkat ke satu tahap lebih tinggi ke arah pembangunan kaum wanita," katanya. – Getaran, 31 Mei 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

3 Pelajar Sekolah Menengah Temui Kulat Karang Jarang Jumpa Di Sabah

2

Semasa 3 minggu yang lalu

Anwar Hadir Majlis Makan Malam Bersama Kepimpinan Kerajaan Sabah

3

Sukan 1 bulan yang lalu

Sukan SEA: Sabah Akan Bincang Dengan KBS

4

Sukan 2 bulan yang lalu

Liga Super: JDT Teruskan Momentum Kemenangan, Tewaskan Sabah 3-1

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia