web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Animasi Tempatan Mechamoto Movie Tembusi Layar Perak Jepun

Semasa Dikemaskini 8 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 15 Jan 2024 8:20PM

gambar FB Monsta

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Filem animasi nombor satu negara, Mechamato Movie melakar sejarah sebagai filem animasi tempatan pertama menembusi layar perak Jepun dan akan mula ditayangkan di lebih 30 pawagam di negara itu mulai 19 Januari ini.

Filem tersebut yang juga animasi karya MONSTA dan Astro Shaw, berjaya mengutip RM36 juta sewaktu penayangannya pada 2022.

Menerusi satu kenyataan hari ini, Ketua Pegawai Eksekutif MONSTA, Nizam Abd Razak berkata, tayangan perdana filem itu telah diadakan di sebuah pawagam di Tokyo semalam, yang dihadiri barisan pelakon suara, media, peminat dari Jepun dan rakan strategik MONSTA.

Beliau berkata, rata-rata penonton memberi reaksi yang positif dan lebih membanggakan penggiat animasi di sana turut memuji hasil kualiti filem Mechamato Movie.

"Kami menerima banyak reaksi yang mengujakan daripada penonton pada tayangan perdana di Jepun ini. Mereka tidak sangka Malaysia mampu menghasilkan animasi bertaraf antarabangsa dengan jalan cerita yang mampu 'melekatkan' anak-anak mereka di kerusi selama 116 minit.

"Kami juga akan membawa masuk versi alih suara Jepun ini ke Malaysia kerana kami yakin peminat Mechamato pasti tidak mahu terlepas peluang menonton versi ini pula," katanya semasa acara Tayangan Perdana Mechamato Movie di AEON Chofu, Tokyo semalam.

Menurut Nizam MONSTA menerima nasihat dan bantuan rakan strategik di Jepun untuk mendapatkan pelakon suara atau 'seiyuu' yang terkenal bagi Mechamato Movie seperti Ayumu Murase sebagai Amato, Yoshitsugu Matsuoka sebagai MechaBot dan Kenjiro Tsuda sebagai Jeneral Grakakus.

"Kami dapati gaya pemasaran di Jepun amat berbeza. Pelakon suara mereka mempunyai barisan peminat dan daya tarikan tersendiri. Kami harap usaha ini dapat menarik minat warga Jepun untuk menonton filem kebanggaan Malaysia ini dan berkongsi pengalaman mereka pula," katanya.

Malah, lagu tema Mechamato Movie yang berjudul 'Temaniku' nyanyian artis tempatan Yonnyboii turut dinyanyikan semula dalam bahasa Jepun oleh penyanyi RUKA dari Jepun dan diberikan tajuk 'Tomodachi', bersesuaian dengan pemasaran di luar Malaysia.

Sebelum ini, siri Mechamato musim pertama dan kedua adalah karya pertama dari Malaysia yang berjaya ditayangkan di televisyen nasional Jepun menerusi saluran TOKYO MX. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 10 bulan yang lalu

Treler BoBoiBoy Galaxy SORI Raih 2 Juta Tontonan Dalam Masa 24 Jam

2

Filem & TV 1 tahun yang lalu

Iklan Raya Monsta 'Temani Raya' Raih 20 Juta Tontonan Dalam 24 Jam

3

Filem & TV 1 tahun yang lalu

Mechamato Terima Anugerah Peminat Anime Di Tokyo

4

Filem & TV 1 tahun yang lalu

Berjaya Kutip RM10 Juta Dalam 6 Hari Tayangan, 'Mechamato Movie' Tonjol Banyak Budaya Unik Malaysia 

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia