web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Johor Pertimbang Pasang CCTV Di Surau, Masjid

Semasa Dikemaskini 5 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 17 Jan 2024 3:07PM

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Johor, Mohd Fared Mohd Khalid. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BATU PAHAT - Kerajaan Negeri Johor akan mempertimbang cadangan memasang kamera litar tertutup (CCTV) di surau dan masjid termasuk di kawasan luar bandar untuk tujuan keselamatan.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor, Mohd Fared Mohd Khalid berkata, cadangan itu adalah satu langkah yang baik, namun memerlukan persetujuan semua pihak memandangkan ia memerlukan peruntukan tertentu.

Beliau berkata,kebanyakan masjid dan surau terutama di kawasan luar bandar masih tidak mempunyai kemudahan itu, namun pada masa sama, pihaknya menggalakkan orang ramai membuat rondaan secara sukarela terlebih dahulu.

"Peruntukan perlu dicari dan sekiranya dipersetujui, mestilah disegerakan bagi mengekang perbuatan yang boleh mendatangkan kerosakan," katanya kepada BERNAMA.

Terdahulu, Mohd Fareed melawat Masjid Jamek Kampung Parit Simis serta Surau Ar Raudah Kampung Parit Bangas di Sri Medan dekat sini yang terbakar pada 14 dan 15 Januari lalu dipercayai akibat perbuatan khianat individu tidak bertanggungjawab.

Sementara itu, polis tidak menolak kemungkinan terdapat unsur khianat dalam insiden kebakaran kedua-dua premis.

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, kejadian itu juga dipercayai dilakukan oleh individu sama berdasarkan siasatan awal pihaknya.

"Kes masjid dan surau terbakar ini masih dalam siasatan dan dipercayai ada unsur pencerobohan dan khianat dengan api.

"Kejadian kedua-dua kes hampir sama dan kemungkinan melibatkan orang yang sama juga. Jadi kita buka kertas siasatan," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor, hari ini.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, ACP Ismail Dollah pula berkata, siasatan lanjut sedang dijalankan mengikut Seksyen 436 Kanun Keseksaan. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 hari yang lalu

Rakaman CCTV, Analisis Laporan Forensik Warga Israel Avitan Shalom Diserah 30 Julai

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Rangka Ditemui Di Kebun Durian Sah Milik Remaja Hilang

3

Video & Galeri 1 minggu yang lalu

Hebat Awak Dik!

4

Semasa 2 minggu yang lalu

4 Maut Kereta Rempuh Lori Rosak Di Lebuh Raya 

Sorotan

1

Bertrand, Nur Shazrin Pembawa Jalur Gemilang ke Sukan Olimpik Paris

2

Pemain Badminton China Zhang Zhi Jie Meninggal Dunia Selepas Rebah Di Gelanggang

3

Setem Rai Ulang Tahun Ke-100 Tambak Johor Mula Dijual Hari Ini

4

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan

5

Skuad B-16 Belasah Timor-Leste 5-0

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Persiapan Istiadat Pertabalan Agong Sudah Di Peringkat Akhir

Sukan 1 hari yang lalu

Negeri Sembilan FC Sahkan Pemain Import Mika Junco Jadi Mangsa Ragut

Semasa 11 jam yang lalu

USJT Ambil Alih Siasatan Kes Sebar Foto Mayat Zayn Rayyan

Sukan 20 jam yang lalu

China Lebur Impian Malaysia Ke Final Kejohanan Badminton Remaja Asia