web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Lebih 80,000 Bayi, Kanak-Kanak Dijangkiti COVID-19 - Dr Adham

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 May 2021 4:44PM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Malaysia merekodkan seramai 82,341 kanak-kanak dan bayi dijangkiti COVID-19, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba.

Daripada jumlah itu, katanya 19,851 kes melibatkan golongan berusia daripada 0 hingga 4 tahun, 8,237 (5 hingga 6 tahun), 26,851 (7 hingga 12 tahun) serta 27,402 (13 hingga 17 tahun) dan mereka adalah pesakit COVID-19 kategori 1, 2 dan 3.

“Tiada yang di ICU (unit rawatan rapi),” katanya dalam sidang media perkembangan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan bersama Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Khairy Jamaluddin, di sini hari ini.

Bimbang dengan statistik tersebut, Dr Adham menasihatkan ibu bapa atau penjaga untuk bertanggungjawab melindungi golongan berkenaan daripada dijangkiti seperti tidak membawa anak-anak mereka ke tempat yang sesak.

Menurutnya, walaupun tiada peruntukan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) yang membolehkan kompaun dikenakan kepada ibu bapa yang membawa anak ke tempat sesak, namun kertas siasatan boleh dibuka.

Mengenai jumlah ujian saringan yang dilaksanakan bagi tempoh 23 hingga 29 Mei, beliau berkata sebanyak 774,863 individu di seluruh negara menjalani ujian tersebut dengan 53,419 individu didapati positif COVID-19.

Berikutan situasi peningkatan mendadak kes baharu ketika ini, Dr Adham berkata pihaknya bercadang memperluaskan ujian saringan menggunakan kaedah Kit Ujian Pantas (RTK) Antigen dengan bantuan kerajaan negeri.

“KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia) akan meningkatkan ujian saringan bagi kontak rapat khususnya di Lembah Klang dengan mewujudkan pusat-pusat pensampelan dalam komuniti,” katanya.

Bagi meningkatkan pengesanan kes positif COVID-19 dalam komuniti, beliau berkata pihaknya akan meningkatkan pemantauan ke atas semua kes bergejala yang mendapat rawatan di fasiliti kesihatan KKM serta mereka yang mempunyai sejarah penyakit komorbid tanpa mengira usia.

Dr Adham turut melahirkan kebimbangan terhadap risiko kematian akibat COVID-19 iaitu 0.45 peratus atau 45 pesakit daripada 10,000 kes positif berhadapan risiko kematian berdasarkan kadar yang direkodkan ketika ini. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

Kanak-Kanak Dalam Video Tular Mangsa Amang Seksual - Polis

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Pemandu Bas Muat Naik Video Kanak-Kanak: MCMC Diminta Beri Kerjasama Kepada Polis

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Kebajikan Dan Keselamatan Kanak-Kanak Perlukan Perhatian Segera – Pakar

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Rumah Terbakar, Budak 8 Tahun Rentung

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia