web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Isteri Positif COVID-19, Warga Pakistan Ingkar SOP Turun Ke Kedai 

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 May 2021 4:49PM

Seorang lelaki warga Pakistan (kiri) ditahan kerana melanggar ingkar arahan kuarantin yang dikenakan kepadanya sejak 27 Mei lalu.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TAWAU - Seorang warga Pakistan ditahan pihak berkuasa, di sini, semalam, selepas didakwa ingkar arahan kuarantin sejak 27 Mei lalu.

Terdahulu lelaki berusia 40-an itu diarahkan menjalani kuarantin di rumah bersama lapan individu lain selepas isterinya disahkan positif COVID-19 pada 25 Mei lalu.

Bagaimanapun, suspek didakwa menanggalkan gelang tangan berwarna putih selain turut turun ke kedai kain miliknya di Jalan Chester, di sini, untuk berniaga.

Bagaimanapun, tembelangnya pecah selepas orang awam menyedari keadaan isteri suspek yang sedang menjalani rawatan di Hospital Tawau.

Berang dengan tindakan suspek yang dilihat merisikokan nyawa dan keselamatan orang lain termasuk pelanggan, orang ramai bertindak melaporkan kejadian tersebut kepada Jabatan Kesihatan Daerah Tawau (JKDT) untuk siasatan dan tindakan lanjut.

Susulan daripada aduan diterima, kakitangan JKDT melakukan pemeriksaan di premis suspek, jam 12 tengah hari, semalam.

Suspek berjaya ditemui, namun, lelaki itu dikatakan memberikan maklumat salah dan mendakwa individu yang dicari pihak berkuasa sudah pulang ke Pakistan.

Lelaki itu juga sempat menunjukkan satu dokumen kad pengenalan berwarna hijau miliknya, sebagai cubaan menafikan bahawa dia adalah individu yang sedang dicari.

Selang tiga jam kemudian, lelaki yang sama ditemui berada di sebuah rumah di Batu 2, Jalan Apas selepas satu pemeriksaan dilakukan ke atas premis itu.

Susulan pemeriksaan, suspek ditahan pihak berkuasa selepas didakwa ingkar arahan kuarantin seperti yang ditetapkan.

Pegawai Kesihatan Kawasan Tawau, Dr. G. Navindran ketika dihubungi, mengesahkan penahanan suspek.

"Lelaki itu dikompaun sebanyak RM8,000 atas dua kesalahan iaitu Seksyen 22(b) kerana tidak mematuhi apa-apa perintah yang dikeluarkan oleh pegawai diberikuasa mengikut Akta 342 dan Seksyen 15(1) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

"Selain itu, JKDT juga dalam proses melengkapkan kertas siasatan bagi mengesan beberapa kesalahan lain yang dipercayai turut dilakukan lelaki berkenaan," katanya.

Premis lelaki tersebut turut ditutup serta-merta bagi tujuan sanitasi, manakala semua pekerja di situ diarahkan menjalani ujian saringan COVID-19 dan dikuarantin selama 14 hari.

Sementara itu, Navindran memuji tindakan orang awam yang peka terhadap kepentingan kuarantin dan COVID-19.

"Tindakan lelaki itu memberikan kesan ke atas banyak pihak termasuk pekerja, pelanggan atau sesiapa yang ditemuinya kerana berpotensi menyebabkan penyebaran COVID-19," katanya. - Getaran, 31 Mei 2021

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia