web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 2 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 2 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 6 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 6 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Pesilat Berpencak Di Masjid Nabawi Terima Kecaman, Netizen Anggap Perbuatan Sia-Sia

Semasa Dikemaskini 9 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 25 Jan 2024 4:35PM

Tangkap layar aksi pesilat di Masjid Nabawi yang menerima kecaman ramai - gambar TikTok

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Walaupun pencak silat sudah diiktiraf sebagai warisan budaya kaum Melayu, ia bukan alasan untuk dipersembahkan sesuka hati tanpa mengira tempat dan waktu.

Justeru, tindakan seorang pesilat lelaki yang membuat persembahan di perkarangan Masjid Nabawi di Madinah menerima kritikan ramai, kerana dianggap mencemar kesucian rumah Allah.

Rakaman video terbabit yang tular di media sosial sejak beberapa hari lalu mengundang pelbagai reaksi, dengan majoriti menyifatkan ia sebagai melanggar tujuan asal berziarah ke Masjid Nabawi.

Netizen berpendapat, tidak salah untuk memartabatkan seni silat sebagai pusaka warisan bangsa, namun ia perlu mengambil kira pelbagai aspek, ternasuk kesesuaian.

Mereka juga berpandangan, kesempatan berkunjung ke masjid yang menempatkan makam Rasulullah SAW itu seharusnya digunakan sebaiknya untuk beribadah.

Menjengah ke laman Penang Netizen di Facebook, orang ramai sepakat menyatakan perbuatan berkenaan tidak sewajarnya dilakukan, apatah lagi ia kelihatan sengaja dirakam sebagai kandungan media sosial.

“Jangan buat perkara sia-sia ketika tujuan ke sana (ialah) untuk beribadat,” kata seorang pengguna dikenali sebagai M Rizal Bob.

@getaranmy

Tular kini aksi silat di hadapan Masjid Nabawi oleh beberapa orang yang dikatakan rakyat Malaysia. "Hormatilah jasad Nabi Muhammad SAW yang berada di situ," tulis seorang netizen dalam kumpulan Umrah di FB. Video: attherabbastiltok

♬ original sound - Getaran

Pendapat senada disuarakan Sara Ishak yang dengan keras menganggap adalah satu perkara memalukan jika masih memikirkan kandungan media sosial ketika berada di tanah suci.

“Memalukan jenis orang yang memikirkan content semasa di tanah suci. Kalau betul ke tanah suci, hanya fikir utk beribadah, kerana tidak semua org berpeluang jejak kaki di sana. 

“Takpalah Allah ni tak pernah tidur. Pasti ada yang Allah akan beri kepada dia di atas perbuatannya kerana mempermainkan tempat suci ini,” katanya, berang.

Turut sependapat ialah Nurliya Sari yang sedih melihat kesempatan beribadat dipersiakan.

“Ya Allah sedihnya dengan zaman sekarang, dah Alhamdulillah boleh pi sana, ni duk buat macam tu,” katanya.

Bagaimanapun, Timbalan Dekan Jaringan Industri, Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Madya Datuk Dr Mohd Izhar Ariff Mohd Kashim berkata, perbuatan tersebut tidak perlu dikecam.

Katanya seperti dipetik Berita Harian, masjid sejak dahulu digunakan sebagai pusat pelbagai aktiviti, termasuk program keilmuan.

Jelas Mohd Izhar, masjid pada zaman berkenaan turut dijadikan tempat latihan memanah sebagai persediaan ketika berperang. - Getaran, 25 Januari 2024

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 5 bulan yang lalu

Teliti Sungguh Cara Basuh, Ini Rupanya Cara Air ZamZam Disediakan

2

Video & Galeri 6 bulan yang lalu

Hujan Lebat Membasahi Bumi Kota Madinah

3

Video & Galeri 7 bulan yang lalu

Jutaan Umat Islam Menunaikan Umrah Sempena Ramadan

4

Semasa 9 bulan yang lalu

Prosedur Baharu Menanti Jemaah Yang Mahu Melawat Raudah

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Pukul Pemandu E-Hailing OKU, Pengawal Pengiring VIP Didenda RM1,000

Semasa 1 hari yang lalu

Tekanan Berterusan Perlu Diberi Kepada Israel, Laksana Gencatan Senjata Dengan Segera - PM

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 1 hari yang lalu

Banjir Sepanyol: Tiada Rakyat Malaysia Terjejas - Wisma Putra