web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


El Nino Beri Kesan Terhadap Bekalan Air Langkawi

Semasa Dikemaskini 4 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 31 Jan 2024 8:30PM

Beberapa lokasi tumpuan pelancong seperti Pantai Chenang merupakan antara kawasan berdepan masalah gangguan bekalan air di Langkawi berikutan Fenomena El-Nino. - gambar Rafisqi Radhi

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR SETAR - Fenomena El Nino yang melanda negara ketika ini menyebabkan beberapa kawasan di Langkawi berdepan masalah gangguan bekalan air.

Syarikat Air Darul Aman Sdn. Bhd. (SADA) menerusi satu kenyataan memaklumkan, masalah itu berpunca disebabkan oleh kekurangan sumber air mentah untuk diproses.

Antara kawasan terjejas termasuklah beberapa lokasi yang menjadi tumpuan pelancong seperti Pantai Cenang, Pantai Tengah, Pekan Kuah dan Kilim.

"Kawasan lain yang terjejas adalah Ulu Melaka, Temoyong, Kisap, Pantai Cenang, Pantai Tengah dan kawasan sekitar," katanya.

Kenyataan itu menyebut, fenomena berkenaan telah mengakibatkan paras Sungai Melaka, Langkawi semakin menyusut.

"Hal ini secara tidak langsung menyukarkan SADA untuk memenuhi permintaan air terawat yang semakin meningkat oleh pengguna terutamanya pada musim cuti raya dan cuti sekolah.

"Ketika ini produksi pengeluaran semua Loji Rawatan Air (LRA) SADA di Langkawi menunjukkan trend penurunan dan dijangka akan terus berlarutan hingga paras Sungai Melaka kembali normal," katanya.

Katanya, pertambahan lokasi kebocoran paip dasar laut yang menyalurkan bekalan air terawat ke Langkawi dari LRA Sungai Baru, Perlis turut memberi kesan kepada pengagihan air terawat untuk pengguna.

"SADA menasihatkan pengguna di Langkawi supaya berhemah dalam menggunakan air ketika melakukan aktiviti harian khususnya sepanjang musim kemarau yang dijangka berlarutan bagi menjamin bekalan air terawat dapat disalurkan secara berterusan tanpa gangguan.

"Sebarang aduan atau pertanyaan, para pengguna boleh menhubungi talian 'hotline' di talian 1300880017 dan bilik gerakan Langkawi di talian 04-9610546. Maklumat berkenaan gangguan bekalan air ini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa," katanya. - Getaran 31 Januari 2024.

Sorotan

1

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan

2

Skuad B-16 Belasah Timor-Leste 5-0

3

PRK Sungai Bakap: Tiada Pusat Mengundi Awal Dibuka Pada 2 Julai – SPR

4

Hatrik Heberty Julang JDT, Tanigawa Sekat Hajat Terengganu

5

Kemenangan Saravanan Bukti Beliau Diperlukan Semua Ahli - Arvind

Disyorkan untuk anda

Sukan 22 jam yang lalu

Azeem Tidak Terkilan Jika Tidak Dapat Beraksi Di Olimpik Paris 2024

Semasa 1 jam yang lalu

Warga Asing Guna Ubat 'Tidurkan' Kanak-Kanak Untuk Mengemis

Sukan 18 jam yang lalu

Selangor FC Didenda RM100,000, Potong 3 Mata Kerana 'Tarik Diri' Perlawanan Sumbangsih

Luar Negara 1 hari yang lalu

1,301 Jemaah Disahkan Meninggal Dunia, 83 Peratus Tidak Miliki Permit Tunai Haji 

oleh Diyana Nawwar