web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Op Noda: 263 Individu Ditahan Di Ibu Kota

Semasa Dikemaskini 4 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 09 Feb 2024 8:07AM

Antara warga asing yang berjaya ditahan polis dalam Op Noda sempena Tahun Baharu Cina mengenai pelacuran dan warga asing di Hotel Richmoore, Jalan Pasar Baharu, Pudu malam tadi. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Polis menahan seramai 229 lelaki dan 34 wanita dalam Op Noda di sebuah bangunan hotel yang tidak lagi beroperasi dan ditinggalkan di Jalan Pasar Baharu, Pudu, di sini, malam tadi.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid berkata, kesemua yang ditahan berusia lingkungan 20-an hingga ke 40-an dan mereka terdiri daripada rakyat China, Nepal, Pakistan, India, Vietnam, Thailand dan Indonesia selain warga tempatan.

Bercakap dalam sidang media Op Noda, beliau berkata, daripada 34 wanita yang ditahan itu, 20 adalah pelacur manakala selebihnya adalah warga asing yang menyewa bilik di hotel berkenaan.

"Bangunan berkenaan kebanyakannya disewa oleh pendatang dan terdapat aktiviti persundalan dijalankan di premis itu.

Modus operandi mereka adalah pelacur-pelacur ini akan mencari pelanggan di lobi hotel sebelum dibawa ke tingkat atas dan mengenakan bayaran sekitar RM50 hingga RM100," katanya.

Selain itu, Allaudeen berkata, polis juga menahan seramai 14 kanak-kanak yang merupakan pendatang asing dan mereka akan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur untuk proses dokumentasi.

"Sekiranya mereka memiliki dokumentasi mereka akan dilepaskan kembali," katanya.

Beliau berkata, warga-warga asing ini akan menjalani saringan air kencing bagi menentukan sama ada mereka ini terlibat dengan penyalahgunaan dadah.

Menurutnya, mereka juga disiasat di bawah Seksyen 372B Kanun Keseksaan, Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63, Seksyen 15(1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang tugas penjawat awam.

Sementara itu, mengulas mengenai Op Selamat 21, Allaudeen berkata pihaknya telah mengenal pasti 50 lokasi yang kerap berlaku kemalangan di sekitar ibu kota.

"Oleh itu, saya minta pengguna jalan raya agar berhati-hati pulang ke kampung dan memandu dengan selamat," katanya. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Jelajah 5 hari yang lalu

2 Hotel Mampu Inap Di Jakarta, Dekat Tempat Makan Dan Beli-Belah

2

Budaya 4 bulan yang lalu

Konsep Mesra Penjaja Meriahkan Sambutan Tahun Baharu Cina Melaka

3

Jelajah 4 bulan yang lalu

Jom Rakam Kenangan Di Kwai Chai Hong Sempena Tahun Baharu Cina 

4

Semasa 4 bulan yang lalu

10,000 Hadiri Rumah Terbuka Ketua Menteri Pulau Pinang

Sorotan

1

Bertrand, Nur Shazrin Pembawa Jalur Gemilang ke Sukan Olimpik Paris

2

Pemain Badminton China Zhang Zhi Jie Meninggal Dunia Selepas Rebah Di Gelanggang

3

Setem Rai Ulang Tahun Ke-100 Tambak Johor Mula Dijual Hari Ini

4

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan

5

Skuad B-16 Belasah Timor-Leste 5-0

Disyorkan untuk anda

Semasa 15 jam yang lalu

‘Kami Tetap Teguh Walau Dikritik’ - Anwar

oleh Wartawan The Malaysian Insight

Semasa 19 jam yang lalu

Malaysia Perlu Anjakan Strategi Sektor Pelancongan - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Waktu Kerja Lebih Fleksibel Mampu Tingkatkan ‘Work Life Balance’ Rakyat Malaysia

oleh Diyana Nawwar

Semasa 1 hari yang lalu

Beli Rumah Dapat Kereta, Setiausaha Anggap Tuah Anak Baru Lahir 

oleh Sophia Ahmad