web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Syarikat Diberi Tempoh 3 Hari Untuk Dapatkan Surat Kebenaran Bekerja - Polis PJ

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Jun 2021 6:20PM

Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid mengadakan tinjauan dalam operasi pematuhan SOP sekatan pergerakan penuh di kawasan Petaling Jaya, hari ini. - Gambar Syeda Imran

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PETALING JAYA - Polis Petaling Jaya memberi tempoh selama tiga hari bermula hari ini hingga Khamis kepada pekerja dan syarikat untuk mendapatkan surat kebenaran bekerja serta beroperasi yang terkini daripada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) bagi melalui sekatan jalan raya dan menjalankan operasi dalam tempoh sekatan pergerakan penuh berkuat kuasa hari ini.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata setakat ini pihaknya memberi kelonggaran dan tidak mengeluarkan kompaun terhadap pengguna jalan raya yang masih menggunakan surat kebenaran lama. 

"Kami memberi peluang tiga hari itu selaras dengan arahan Ketua Polis Selangor (Datuk Arjunaidi Mohamed) dan selepas tempoh itu, polis tidak berkompromi serta akan mengeluarkan kompaun kepada mereka yang tiada surat berkaitan. 

"Pagi ini, kami mendapati masih ada menggunakan surat MITI lama dan tempoh tiga hari itu dapat digunakan orang ramai dan masyarakat untuk dapatkan surat baharu daripada MITI bagi mereka keluar bekerja dan menjalankan operasi," katanya dalam sidang media selepas operasi pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) sekatan pergerakan penuh di sini hari ini. 

Semalam, Ketua Polis Negara Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata surat kebenaran pergerakan yang dikeluarkan MITI semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebelum ini tidak boleh diguna pakai dan kesemua sektor ekonomi yang dibenarkan beroperasi dalam tempoh sekatan pergerakan penuh perlu membuat permohonan baharu daripada MITI. 

Terdahulu, Mohamad Fakhrudin mengetuai operasi pematuhan SOP di kilang elektronik dan kilang pemprosesan makanan di Kota Damansara dan Kelana Jaya dengan kerjasama Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ). 

Beliau berkata sebanyak lapan premis sektor perkilangan dan perkhidmatan diperiksa dan mendapati kesemua premis mematuhi SOP ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN). 

Selain itu, Mohamad Fakhrudin berkata pihaknya mengekalkan SJR sedia ada di kawasan plaza tol dan jalan utama, selain menyediakan 10 SJR Bergerak serta 14 pasukan penguatkuasaan yang akan melakukan pemantauan bagi memastikan orang ramai mematuhi SOP. - Bernama

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia