web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Jasad Remaja Lemas Tersangkut Di Reba Pokok Dalam Sungai

Semasa Dikemaskini 3 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 28 Feb 2024 12:28PM

gambar JBPM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA KETIL - Selepas hampir 17 jam, jasad seorang remaja yang hilang ketika mandi bersama lapan rakannya yang lain di Sungai Ketil dekat Kampung Sungai Bemban di sini sejak petang semalam, akhirnya ditemukan pagi ini.

Menurut Ketua Polis Daerah Baling, Superintendan Shamsudin Mamat, jasad mangsa, Muhammad Fakhrullah Mohamad, 15, ditemukan kira-kira jam 10 pagi tadi.

Katanya, jasad pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Tanjung Puteri Kuala Ketil itu ditemukan tersangkut pada reba pokok dalam sungai, di lokasi dia dilaporkan hilang.

gambar JBPM
gambar JBPM

"Terdahulu kira-kira jam 5.30 petang semalam, mangsa dilaporkan mandi di sungai tersebut bersama lapan rakannya.

"Bagaimanapun setelah lebih 30 minit berada di situ, mangsa dilaporkan lemas dan tiba-tiba tenggelam di sungai tersebut. 

"Sehubungan itu, operasi mencari dan menyelamat dijalankan melibatkan pelbagai pihak termasuk polis, bomba, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan Sukarelawan Rakyat (Rela) dan penduduk kampung," katanya.

Tambahnya, jasad mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Kulim untuk dibedah siasat.

Sementara itu Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Baling, Mohd Jamil Mat Daud berkata, mayat ditemukan oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah yang melakukan pencarian di dasar sungai.

"Mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut," katanya. - Getaran 28 Februari 2024

Sorotan

1

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan

2

Skuad B-16 Belasah Timor-Leste 5-0

3

PRK Sungai Bakap: Tiada Pusat Mengundi Awal Dibuka Pada 2 Julai – SPR

4

Hatrik Heberty Julang JDT, Tanigawa Sekat Hajat Terengganu

5

Kemenangan Saravanan Bukti Beliau Diperlukan Semua Ahli - Arvind

Disyorkan untuk anda

Sukan 18 jam yang lalu

Selangor FC Didenda RM100,000, Potong 3 Mata Kerana 'Tarik Diri' Perlawanan Sumbangsih

Semasa 21 jam yang lalu

Konsert Double Trouble 2 : Bekas Penolong Pengurus Dituduh Minta, Terima Rasuah

Semasa 17 jam yang lalu

Agong Berkenan Persembah Warkah Persilaan Istiadat Pertabalan Kepada Sultan Brunei

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki ‘Kantoi’ Curang Mengaku Tak Bersalah Belasah Isteri