web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Anggota Cawangan Khas IPK Kedah Maut Tertembak Ketika Operasi

Semasa Dikemaskini 3 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 29 Feb 2024 8:50PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SIK - Seorang anggota polis dari Cawangan Khas Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah maut akibat terkena tembakan semasa dalam operasi menyiasat pencerobohan dan pemburuan haram yang berlaku di Kompartmen 124, Hutan Simpan Ulu Muda, dekat sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Sik, Deputi Superitendan Abdull Razak Osman, berkata kejadian berlaku kira-kira jam 2 pagi tadi dengan suspek juga sudah diberkas untuk tindakan lanjut.

Terdahulu, katanya, sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sik dan Cawangan Khas IPK Kedah bersama pasukan dari Pejabat Hutan Daerah Kedah Tengah serta orang awam, masuk ke kawasan hutan simpan tersebut kira-kira 12 tengah hari, 27 Februari lalu.

"Kesemua mereka bermalam di kompartmen 103 dan keesokan harinya iaitu kira-kira jam 3 petang, mangsa bersama dua orang awam bergerak ke kompartmen 124 dengan menggunakan kenderaan awam untuk membuat pemerhatian serta menjalankan siasatan.

"Bagaimanapun, hingga jam 6.30 petang, mereka didapati masih belum pulang ke lokasi penginapan di kompartmen 103.

“Usaha mencari kemudiannya digerakkan namun pencarian itu hanya menemukan kenderaan yang digunakan tiga individu berkenaan di persimpangan menuju kompartmen 124 dan 125," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata, kira-kira jam 5 pagi tadi, mangsa telah dibawa pulang ke lokasi penginapan di kompartmen 103 dan disyaki sudah tidak bernyawa.

"Pasukan terlibat bergegas menghantar mangsa ke Hospital Sik dan mangsa kemudian disahkan sudah meninggal dunia," katanya.

Abdull Razak berkata, siasatan awal mendapati anggota berkenaan bersama dua individu awam tersebut telah tersesat akibat cuaca gelap.

"Kira-kira jam 2 pagi tadi, mereka dikatakan terdengar bunyi letupan dan kesannya telah mengenai mangsa di bahagian depan badan yang menyebabkan kematian.

"Suspek telah ditahan dan siasatan kini dijalankan mengikut Seksyen 304 Kanun Keseksaan. Siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengenal pasti punca tembakan itu dilepaskan," katanya.

Beliau memaklumkan, suspek kejadian itu seorang warga emas berusia 65 tahun yang ditahan ketika dia hadir ke Balai Polis Sik kira-kira jam 2 petang tadi bagi menyerah diri.

"Dia akan dibawa ke Mahkamah Sungai Petani esok untuk mendapagtkan perintah reman," katanya.

Difahamkan mangsa adalah anggota polis berpangkat koperal berusia 39 tahun. - Getaran 29 Februari 2024.

Sorotan

1

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan

2

Skuad B-16 Belasah Timor-Leste 5-0

3

PRK Sungai Bakap: Tiada Pusat Mengundi Awal Dibuka Pada 2 Julai – SPR

4

Hatrik Heberty Julang JDT, Tanigawa Sekat Hajat Terengganu

5

Kemenangan Saravanan Bukti Beliau Diperlukan Semua Ahli - Arvind

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Aktiviti Kumpulan Pengganas: Suri Rumah, Penggangur Antara 8 Suspek Ditahan

oleh Diyana Nawwar

Semasa 1 hari yang lalu

Kumpulan Pertama Jemaah Haji Selamat Tiba Ke Tanah Air

Semasa 1 hari yang lalu

Kekotoran Laut Di Langkawi 'Out Of Control’ - MP Langkawi 

oleh Rafisqi Radhi

Semasa 1 hari yang lalu

‘Nak Serang Saya? Silakan, Tapi Jangan Sentuh MOTAC’ - King Sing

oleh Sophia Ahmad