web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Seludup Pil Yaba Lebih RM120,000, 2 Wanita Ditahan

Semasa Dikemaskini 3 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 02 Mar 2024 8:25AM

Pil yaba yang dirampas daripada dua wanita - gambar IPK Kelantan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA BHARU - Dua wanita ditahan kerana disyaki menyeludup 20,000 pil yaba yang dianggarkan bernilai
RM128,480.

Ketua Polis Kelantan Datuk Muhamad Zaki Harun berkata kedua-dua suspek yang berumur 32 dan 38 tahun itu ditahan di dalam sebuah kereta Perodua Myvi di tepi jalan Kampung Sering, di sini, Isnin lepas.

Beliau berkata polis telah memeriksa kereta berkenaan pada 2.30 petang dan menemukan satu tong putih yang di dalamnya terdapat satu guni mengandungi pil-pil yaba seberat 2,530 gram.

"Hasil ujian saringan air kencing ke atas kedua-dua suspek didapati negatif dadah dan mereka direman selama tujuh hari bermula Selasa lepas shingga Isnin ini," katanya.

Muhamad Zaki berkata kedua-dua wanita itu tidak mempunyai rekod kesalahan lampau dan kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Sementara itu katanya seramai 376 individu ditahan atas pelbagai kesalahan dadah dalam operasi bersepadu di seluruh Kelantan bagi tempoh 25 Februari hingga semalam.

Menurut Muhamad Zaki kesemua yang ditahan berusia lingkungan 15 hingga 65 tahun yang disiasat di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952, Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas) 1985 dan Akta Racun 1952.

"Pelbagai jenis dadah dirampas dianggarkan bernilai
RM400,716 manakala harta yang disita terdiri daripada kenderaan dan wang tunai bernilai RM73,949.81," katanya. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 hari yang lalu

2 Lelaki Ditembak Mati Dipercayai Dalam Perjalanan Lakukan Jenayah

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Pelaburan Kripto ‘Kakaue’ Perdaya Mangsa Di Facebook - JSJK

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Kerajaan Luluskan RM5 Juta Untuk Pembenihan Awan Di Kelantan

4

Semasa 2 minggu yang lalu

Gaduh Awal Pagi, Warga Indonesia Maut

Sorotan

1

Pemain Badminton China Zhang Zhi Jie Meninggal Dunia Selepas Rebah Di Gelanggang

2

Setem Rai Ulang Tahun Ke-100 Tambak Johor Mula Dijual Hari Ini

3

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan

4

Skuad B-16 Belasah Timor-Leste 5-0

5

PRK Sungai Bakap: Tiada Pusat Mengundi Awal Dibuka Pada 2 Julai – SPR

Disyorkan untuk anda

Semasa 18 jam yang lalu

Harga Gula Tak Naik - Fuziah

oleh Wartawan The Malaysian Insight

Semasa 1 hari yang lalu

‘Syed Husin Insan Amat Rapat, Sentiasa Jadi Rujukan’ - PM

Semasa 1 jam yang lalu

Penganggur Didakwa Bunuh Isteri

Semasa 7 jam yang lalu

Polis Giat Siasat Penyebaran Gambar Didakwa Zayn Rayyan