web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Keganasan Domestik Meningkat, Di Mana Rina Harun?

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Jun 2021 2:28PM

Datuk Seri Rina Harun

oleh

Zaidi Azmi

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Tatkala kes keganasan rumah tangga meningkat dengan drastik sejak penularan pandemik COVID-19, ‘kehilangan’ Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Harun jelas menimbulkan tanda tanya.

Ia menjadi persoalan banyak pihak, khususnya peranan dan solusi diambil menteri itu dalam menangani isu berkenaan, apatah lagi ia sememangnya skop tugasan yang jelas untuk kementerian terbabit.

Ketua Pejuanita Muda Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG), Dr Nurul Ashikin Mabahwi berkata, Rina dan kementeriannya jelas tidak agresif memperjuangkan isu tersebut, termasuk membela nasib golongan wanita serta kanak-kanak.

Menurut beliau, sejumlah besar kertas siasatan sudah dibuka oleh pihak polis untuk 5,260 kes keganasan rumah tangga pada Disember tahun lalu, manakala sepanjang empat bulan pertama tahun ini, 902 kes seumpama itu dilaporkan.

“Sehingga September 2020 pula 3,875 kes penderaan, penganiayaan kanak-kanak direkodkan dan 2,540 aduan kes keganasan rumah tangga diterima melalui Talian Kasih KPWKM.

“Apa peranan Menteri? Mengapa beliau dilihat hanya berdiam diri tanpa sebarang perancangan sedangkan semakin ramai wanita dan kanak-kanak menjadi mangsa?” katanya di sini hari ini.

Nurul Ashikin turut meluahkan kekecewaan terhadap kementerian itu kerana terlalu pasif dalam mendepani isu keganasan rumah tangga, sedangkan ia antara perkara yang amat memerlukan perhatian segera.

“Menjadi pemimpin itu adalah amanah, jadi tunaikanlah amanah terhadap masyarakat sebaiknya dan ia turut mencakupi menjamin perlindungan untuk golongan wanita dan kanak-kanak teraniaya ini.

“Kementerian seharusnya sudah boleh merangka pelan khas yang akan membantu memindahkan mangsa ke pusat perlindungan, atau setidak-tidaknya menambah bilangan pekerja sosial di setiap negeri agar mangsa boleh dibantu pada kadar segera,” tegasnya.

Pemberitahuan atau kempen kreatif secara meluas jelas Nurul Ashikin, turut boleh memainkan peranan jika digunakan dengan bijak, termasuk mengguna pakai segala saluran yang ada seperti televisyen.

“Kempen secara kreatif termasuk yang diolah dalam bentuk kartun boleh membantu kanak-kanak untuk meminta bantuan jika mereka juga adalah mangsa,” katanya. - Getaran, 2 Jun 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

Kanak-Kanak Dalam Video Tular Mangsa Amang Seksual - Polis

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Pemandu Bas Muat Naik Video Kanak-Kanak: MCMC Diminta Beri Kerjasama Kepada Polis

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Kebajikan Dan Keselamatan Kanak-Kanak Perlukan Perhatian Segera – Pakar

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Rumah Terbakar, Budak 8 Tahun Rentung

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia