web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kesesakan Zon Motosikal Di ICQ Akibat Gangguan Sistem M-Bike - JIM

Semasa Dikemaskini 7 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 05 Mar 2024 8:09AM

gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Kesesakan luar biasa yang berlaku di Zon Motosikal Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin (ICQ) Bangunan Sultan Iskandar dan Kompleks Sultan Abu Bakar di sini, disebabkan masalah gangguan sistem M-Bike di kedua-dua laluan zon pemeriksaan motosikal masuk dan keluar.

Ketua Pengarah Imigresen Malaysia, Datuk Ruslin Jusoh berkata, insiden gangguan sistem berkenaan, berlaku disebabkan oleh kerja konfigurasi sistem yang sedang dilaksanakan oleh syarikat pengendali baharu, yang dilantik bermula 29 Februari lalu.

"Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) mengambil maklum mengenai kesesakan luar biasa, yang berlaku di zon Motosikal ICQ Bangunan Sultan Iskandar dan Kompleks Sultan Abu Bakar, Johor.

"Pihak syarikat pengendali dan JIM sedang mengambil tindakan drastik bagi mengatasi gangguan ini, dan gangguan dijangka dapat diatasi dalam masa terdekat," katanya dalam kenyataan, semalam.

Ruslin berkata, bagi mengatasi masalah kesesakan di laluan motosikal, JIM telah mengambil tindakan segera dengan mengaktifkan kaunter manual secara maksimum, bagi membolehkan pemeriksaan di Zon Motosikal dilakukan secara manual, sehingga isu gangguan sistem diatasi.

Beliau berkata, JIM komited melakukan yang terbaik bagi memastikan masalah gangguan itu dapat dipulihkan dengan kadar segera, sekali gus menafikan berita yang tular mengenai dakwaan penamatan kontrak M-Bike disebabkan arahan 'orang atasan'.

"JIM menafikan berita tular itu, sebaliknya syarikat pengendali terdahulu telah tamat tempoh kontraknya dan lantikan syarikat pengendali baharu telah dilaksanakan mengikut prosedur kewangan yang berkuat kuasa. Justeru, orang ramai diseru supaya tidak membuat spekulasi yang boleh menimbulkan kekeliruan," katanya. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

Imigresen Tahan 142 Pendatang Asing Di Kuala Pilah

2

Semasa 6 bulan yang lalu

Verifikasi Pekerja Asing: Hanya 65 Peratus Majikan Berbuat Demikian - JIMNS

3

Semasa 7 bulan yang lalu

 Imigresen Tahan 14,361 Pendatang Tanpa Izin Setakat 23 Februari

4

Semasa 7 bulan yang lalu

38 Warga Asing Ditahan Dalam Operasi Sekitar Johor

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia