web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Verifikasi Pekerja Asing: Hanya 65 Peratus Majikan Berbuat Demikian - JIMNS

Semasa Dikemaskini 3 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 16 Mar 2024 12:01PM

Pengarah Jabatan Imigresen Negeri Sembilan (JIMNS), Kennith Tan Ai Kiang. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SEREMBAN - Hanya 65 peratus majikan di negeri ini melakukan proses verifikasi bagi pekerja asing mereka menerusi Program Rekalibrasi Tenaga Kerja 2.0 (RTK 2.0) setakat ini, kata Pengarah Jabatan Imigresen Negeri Sembilan (JIMNS), Kennith Tan Ai Kiang.

Justeru, beliau menyeru kepada majikan yang belum melakukannya untuk segera berbuat demikian dan lebih proaktif terhadap perkara itu kerana program berkenaan akan tamat pada 31 Mac ini.

"Kita masih menunggu 35 peratus majikan dan pekerja mereka untuk tujuan tersebut. Oleh itu saya menyeru majikan untuk mendaftarkan pekerja asing mereka dan tampil ke pejabat kami di Senawang bagi tujuan verifikasi sebelum ia ditutup.

"Majikan perlu peka dengan keperluan tersebut kerana selepas ini ada proses lain lagi untuk tujuan mengesahkan mereka (pekerja asing)," katanya pada sidang media di Pejabat Imigresen di Pusat Transformasi Bandar (UTC) Ampangan di sini.

Sebelum ini, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dilaporkan berkata, proses verifikasi itu dilaksanakan setelah proses pendaftaran Program RTK 2.0 tamat pada 31 Disember lalu, dengan dianggarkan hampir 1.1 juta pekerja asing didaftarkan.

Saifuddin berkata, selepas berakhirnya tempoh proses verifikasi berkenaan, mana-mana majikan yang didapati masih menggajikan pekerja asing tanpa dokumen yang sah mereka boleh dituduh melakukan kesalahan di bawah Seksyen 55B, Seksyen 55E dan Seksyen 56(1)(d) Akta Imigresen 1959/63 (Pindaan 2002).

Dalam pada itu, Tan berkata, hingga 13 Mac lalu, sebanyak 787 pendatang tanpa izin didaftarkan termasuk 32 kanak-kanak bagi Program Repatriasi Migran iaitu penghantaran pulang warga asing secara sukarela yang dilaksanakan bermula 1 Mac lalu.

Beliau berkata, kesemua mereka adalah yang melakukan kesalahan di bawah Seksyen 6(1) (c) Akta Imigresen 1959/63 iaitu tidak memiliki sebarang pas yang sah untuk berada di negara ini dan Seksyen 15(1)(c) kerana tinggal lebih masa.

"Jika dilihat statistik, warga Indonesia adalah yang paling ramai mendaftar program ini iaitu sebanyak 443 orang. Mereka mungkin mengambil peluang dalam program ini untuk pulang menyambut hari raya di negara asal," katanya menambah bukan kesemua pendatang yang mendaftar adalah dari negeri ini.

Mengenai situasi di Depot Imigresen Lenggeng, beliau berkata, tiada kesesakan dilaporkan di depot yang berkapasiti 1,000 orang itu.

Sementara itu, beliau berkata, setakat 29 Februari lalu, sebanyak 3,138 pendatang tanpa izin diperiksa dengan 477 ditahan iaitu peningkatan berbanding tempoh sama pada tahun lepas.

Menurutnya, JIMNS juga akan memberi lebih tumpuan dan penguatkuasaan terhadap lima lokasi 'hotspot' di daerah ini dan Nilai yang menjadi tumpuan pendatang tanpa izin.

Dalam pada itu, Tan menafikan dakwaan bahawa pihaknya tidak melakukan penguatkuasaan di kawasan Nilai 3, di sini yang dikatakan didominasi warga asing terutama dalam sektor perniagaan.

"Nilai 3 memang ramai warga asing di situ, ada pekerja yang mempunyai pas dan dibenarkan bekerja dan ada yang tiada pas..kadang- kadang agak susah untuk kami buktikan bahawa mereka melakukan kesalahan kerana perlu ada pembuktian termasuk punch card bekerja dan sebagainya.

"Sebab itu ia mengambil masa kerana kita kena hantar pegawai risik, menyamar dan sebagainya untuk memastikan mereka benar-benar melakukan kesalahan, termasuk tidak mempunyai dokumen perjalanan," katanya.

Beliau berkata, pihaknya sentiasa melakukan operasi secara bersasar di premis termasuk melalui risikan dan aduan orang awam bagi membanteras lambakan warga asing di negeri ini. -BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 5 hari yang lalu

Imigresen Tahan 142 Pendatang Asing Di Kuala Pilah

2

Semasa 4 bulan yang lalu

Kesesakan Zon Motosikal Di ICQ Akibat Gangguan Sistem M-Bike - JIM

3

Semasa 4 bulan yang lalu

 Imigresen Tahan 14,361 Pendatang Tanpa Izin Setakat 23 Februari

4

Semasa 4 bulan yang lalu

38 Warga Asing Ditahan Dalam Operasi Sekitar Johor

Sorotan

1

Perlu Berani Tonjol Akhlak Islam Santuni Penganut Agama Lain – Anwar

2

Wanita Maut Ditelan Ular Sawa Di Sulawesi Selatan

3

Projek KIGIP Beri Limpahan Ekonomi, Selesaikan Isu Air Penduduk Sungai Bakap - Joohari

4

Bertrand, Nur Shazrin Pembawa Jalur Gemilang ke Sukan Olimpik Paris

5

Pemain Badminton China Zhang Zhi Jie Meninggal Dunia Selepas Rebah Di Gelanggang

Disyorkan untuk anda

Sukan 1 hari yang lalu

JDT Mara Separuh Akhir Dengan Piala FA Dengan Agregat 13-0

Sukan 15 jam yang lalu

Selangor Mara Ke Separuh Akhir Piala FA Selepas Tempuh Aksi Dramatik

Semasa 1 hari yang lalu

Eksport Halal Negara Cecah RM54 Bilion Tahun Lepas

Politik 14 jam yang lalu

PRK Sungai Bakap: Kerajaan Perpaduan Hormat Pilihan Rakyat

oleh Sophia Ahmad