web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


 Imigresen Tahan 14,361 Pendatang Tanpa Izin Setakat 23 Februari

Semasa Dikemaskini 7 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 28 Feb 2024 12:16PM

gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Jabatan Imigresen (JIM) sudah menjalankan 2,528 operasi bermula 1 Januari hingga 23 Februari lalu dengan penahanan 14,361 pendatang tanpa izin, kata Ketua Pengarahnya Datuk Ruslin Jusoh.

Beliau berkata, bagi tempoh sama, 139 majikan ditahan akibat pelbagai kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 merangkumi kesalahan menggaji dan melindungi pendatang tanpa izin.

"Walaupun kita (JIM) akan melaksanakan Program Repatriasi Migran (PRM) bermula Jumaat (1 Mac), JIM tetap melakukan operasi membanteras warga asing yang tiada dokumen sah.

"Perlu diingatkan sasaran JIM bukan sahaja pendatang tanpa izin, malah juga majikan. Ada sesetengah majikan yang mahu melangkaui proses pengambilan pekerja warga asing kerana tidak mahu membayar levi. Itu salah sebab kita ada undang-undang yang perlu dipatuhi," katanya kepada Bernama dalam satu temu bual khas.

PRM yang akan dilaksanakan dari 1 Mac hingga 31 Disember depan adalah program yang membolehkan pendatang tanpa izin pulang ke negara asal secara sukarela dan memenuhi syarat yang ditetapkan JIM.

la termasuk mempunyai dokumen perjalanan yang sah dan tiket penerbangan pulang.

Pada tahun ini, beliau berkata, JIM akan memberi tumpuan penuh kepada 220 lokasi 'hotspot' seluruh Malaysia yang dikenal pasti menjadi tumpuan warga asing dan seterusnya menjalankan operasi bersepadu dengan agensi penguatkuasaan lain.

Antara langkah jabatan itu dalam membendung kebanjiran warga asing, termasuk membuat naziran terhadap premis yang menggajikan pekerja asing, kawasan pasar borong dan institusi pendidikan yang mengambil pelajar antarabangsa.

Selain itu, JIM juga memperketatkan kawalan dan pemeriksaan di pintu masuk ke negara, manakala pelawat asing yang masuk ke Malaysia turut diwajibkan mempunyai tiket pulang ke negara asal.

Mengenai data pekerja asing aktif di Malaysia hingga 15 Februari, Ruslin berkata, terdapat seramai 2,123,049 pekerja asing di Malaysia dengan angka tertinggi dari Bangladesh seramai 786,795 orang, diikuti Indonesia (496,083), Nepal (367,498), Myanmar (163,324) dan India (119,706).

Selain negara berkenaan, Malaysia turut membenarkan kemasukan pekerja asing dari negara lain antaranya Kemboja, Vietnam, Pakistan dan Turkmenistan. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 minggu yang lalu

Polis Tembak Mati Anggota Kumpulan Samun Warga Afrika

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Imigresen Tahan 142 Pendatang Asing Di Kuala Pilah

3

Semasa 6 bulan yang lalu

Verifikasi Pekerja Asing: Hanya 65 Peratus Majikan Berbuat Demikian - JIMNS

4

Semasa 7 bulan yang lalu

Kesesakan Zon Motosikal Di ICQ Akibat Gangguan Sistem M-Bike - JIM

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia