web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Pembangkang Saran Kerajaan Kedah Naikkan Elaun Imam

Semasa Dikemaskini 3 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 05 Mar 2024 8:14PM

Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah, Bau Wong Bau Ek. - gambar SUK Kedah

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR SETAR - Kerajaan negeri diminta mempertimbangkan kenaikan elaun buat imam-imam di negeri ini, selaras dengan peningkatan kos sara hidup yang kian meningkat kebelakangan ini.

Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah, Bau Wong Bau Ek, berkata beliau mengemukakan saranan itu setelah menerima cadangan daripada beberapa imam di negeri ini.

Bau Wong berkata, beliau difahamkan beberapa negeri telah pun menaikkan elaun tersebut selaras dengan peningkatan kos sara hidup kebelakangan ini.

"Saya cadangkan kerajaan negeri kaji semula dan pertimbang kenaikan elaun imam, sesuai dengan keadaan semasa.

“Dalam masa sama, terma elaun mungkin boleh ditukar kepada 'gaji' supaya mereka secara automatik boleh mencarum dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

"Selain itu saya juga mencadangkan supaya kerajaan negeri kaji untuk sediakan peruntukan kepada ketua-ketua sami juga. Tak banyak pun kerana di Kedah cuma ada 38 ketua sami di 38 wat dan saya yakin, Menteri Besar boleh lakukan untuk semua kaum," katanya.

Beliau berkata demikian ketika perbahasan menjunjung kasih titah Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah sempena Sidang DUN Kedah di Wisma Darul Aman di sini, hari ini.

Terdahulu Bau Wong berkata, semua pihak perlu menerima hakikat bahawa isu air di kedah masih belum nampak lagi jalan penyelesaiannya dan amat membebankan rakyat secara amnya.

Katanya, isu Loji Rawatan Air (LRA) di Bukit Selambau dan Sungai Limau yang lambat siap menjadi faktor utama yang membawa kepada masalah kekurangan bekalan air bersih kepada rakyat.

Selain itu, katanya, kerja-kerja penggantian paip lama kepada paip baharu juga masih memerlukan perhatian lebih serius.

"Kita tak boleh menuding jari kepada mana-mana pihak namun pada perkiraan saya, kerajaan negeri dan Persekutuan perlu duduk semeja berunding bagi menemukan satu titik persamaan untuk membantu rakyat Kedah.

"Ini selaras dengan titah Sultan Kedah yang mahukan supaya saluran kerjasama dua hala antara kerajaan negeri dan Persekutuan diwujudkan agar peranan negeri dalam arus pembangunan nasional dapat diberi perhatian," katanya.

Pada masa sama, Bau Wong berkata, Kedah seharusnya melakukan sesuatu untuk menarik kedatangan pelancong domestik singgah ke negeri ini, sebelum mereka menjejakkan kaki ke bumi Thailand.

Katanya, ketika ini perkara itu tidak berlaku dengan pelancong terus menuju ke Thailand tanpa singgah di Kedah dengan pengunjung warganegara Thailand juga melakukan perkara sama dengan hanya lalu saja di negeri ini sebelum ke destinasi lain.

"Peluang sebegini (menarik kedatangan pelancong singgah ke Kedah hanya boleh dicapai jika kita sediakan kemudahan asas yang baik di samping mempromosikan dengan lebih giat tempat-tempat menarik di Kedah seperti Gunung Jerai di Gurun, Tasik Beris, Pantai Merdeka, Tanjung Dawai dan lain-lain.

"Pulau-pulau di Kedah juga banyak yang menarik tetapi apabila kita tak endahkan kemajuan serta kemudahan di sana, itu menyebabkan kerugian yang sangat tinggi.

“Jika pulau-pulau seperti Songsong dan Bidan berada di Thailand, saya rasa dah lama mereka majukan sebagai tempat pelancong," katanya. – Getaran, 5 Mac 2024

Sorotan

1

Setem Rai Ulang Tahun Ke-100 Tambak Johor Mula Dijual Hari Ini

2

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan

3

Skuad B-16 Belasah Timor-Leste 5-0

4

PRK Sungai Bakap: Tiada Pusat Mengundi Awal Dibuka Pada 2 Julai – SPR

5

Hatrik Heberty Julang JDT, Tanigawa Sekat Hajat Terengganu

Disyorkan untuk anda

Semasa 13 jam yang lalu

Mahkamah Tolak Saman Indira Gandhi Terhadap KPN, Kerajaan

Semasa 17 jam yang lalu

Sanusi Nyatakan Sokongan Terhadap Selangor FC

oleh Rafisqi Radhi

Politik 1 hari yang lalu

Mahkamah Tolak Permohonan Injunksi Sementara Azizi Henti PRK DUN Nenggiri

Semasa 13 jam yang lalu

Penarafan Kredit Malaysia Kekal: Bukti Pengurusan Ekonomi Berhemat Kerajaan