web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Kutip Deposit Antara Langkah Tangani Tunggakan Kos Perubatan Warga Asing

Semasa Dikemaskini 3 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 14 Mar 2024 8:10PM

gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan (KKM) mempunyai beberapa langkah bagi menangani risiko tunggakan kos perubatan bagi pesakit warga asing antaranya termasuklah mengutip deposit mengikut kelas wad sebelum rawatan diberikan.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Lukanisman Awang Sauni berkata, deposit sebanyak RM2,800 dikenakan kepada warga asing bagi prosedur pembedahan kelas tiga, manakala RM11,000 bagi kelas satu.

Beliau berkata, antara langkah lain, mengadakan perjanjian jaminan bank dengan syarikat swasta bagi membolehkan pekerja mendapatkan rawatan di hospital, bekerjasama dengan Jabatan Imigresen bagi mewajibkan majikan mencarum Skim Perlindungan Insurans Kesihatan Pekerja Asing.

"Serta bekerjasama dengan Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR) dan badan bukan kerajaan (NGO) yang mahu membantu membiayai kos pesakit warga asing," katanya ketika menggulung Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja bagi KKM di Dewan Rakyat, hari ini.

Lukanisman memaklumkan sebanyak RM40.08 juta jumlah tunggakan direkodkan tahun lalu yang tidak dijelaskan oleh warga asing.

Berhubung statistik pegawai perubatan siswazah (HO) yang tidak menamatkan latihan, beliau berkata, berdasarkan rekod sejak 2021 hingga 2023, sebanyak 1,059 pegawai perubatan siswazah telah meletak jawatan.

"Dalam tempoh sama, KKM telah menerima 355 permohonan dan rayuan pelantikan semula daripada pegawai yang telah meletak jawatan untuk dilantik sebagai HO," katanya.

Beliau berkata, bagi aduan berkaitan kes buli dalam kalangan petugas, KKM telah melancarkan Sistem MyHELP pada 1 Okt 2022, dengan jumlah aduan direkodkan sebanyak 259 setakat 29 Feb lalu.

"Daripada jumlah itu, 52 aduan dikemukakan pegawai perubatan dengan enam aduan yang diterima mempunyai aduan berunsur buli dan kini dalam peringkat siasatan untuk pengesahan dan pembuktian," katanya.

Beliau berkata, baki 46 aduan lagi melibatkan aduan pelbagai seperti isu perkhidmatan, permohonan naik pangkat, pertukaran dan lain- lain.

Sementara itu, mengenai pelaksanaan projek menaik taraf dan pembangunan semula klinik kesihatan daif, Lukanisman berkata, ia dilaksanakan secara adil di seluruh negara.

Beliau berkata, KKM tidak membezakan keperluan menaik taraf klinik kesihatan di kawasan Parlimen kerajaan mahupun pembangkang kerana ia melibatkan kepentingan rakyat.

"Menerusi peruntukan RM150 juta untuk tahun ini, sebanyak 401 projek akan dilaksanakan merangkumi kerja-kerja meroboh dan membina baharu membabitkan 81 KK (klinik kesihatan) dan pembaikan pula meliputi 320 klinik daif.

"Saya beri jaminan bahawa taburan kesemua klinik ini tidak kira Parlimen kerajaan, pembangkang atau Bebas, saya pasti setiap kawasan Parlimen mempunyai projek tersebut," katanya. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Warga Asing Guna Ubat 'Tidurkan' Kanak-Kanak Untuk Mengemis

2

Semasa 1 minggu yang lalu

15 Tukang Urut Warga Asing Dicekup Dalam Serbuan Di Cheras

3

Semasa 2 bulan yang lalu

Tiada Tepung Di Pasaran Tempatan Mengandungi Benzoil Peroksida Melebihi Kadar Dibenarkan - KKM

4

Rencana 3 bulan yang lalu

Autisme: Masyarakat Semakin Memahami, Namun Penjaga Perlukan Lebih Banyak Sokongan

Sorotan

1

Perlu Berani Tonjol Akhlak Islam Santuni Penganut Agama Lain – Anwar

2

Wanita Maut Ditelan Ular Sawa Di Sulawesi Selatan

3

Projek KIGIP Beri Limpahan Ekonomi, Selesaikan Isu Air Penduduk Sungai Bakap - Joohari

4

Bertrand, Nur Shazrin Pembawa Jalur Gemilang ke Sukan Olimpik Paris

5

Pemain Badminton China Zhang Zhi Jie Meninggal Dunia Selepas Rebah Di Gelanggang

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Gangguan Seksual Oleh Petugas Kempen: Saifuddin Jamin Siasatan Telus

oleh Wartawan Getaran

Luar Negara 3 jam yang lalu

Jemaah Islamiyah Indonesia Umum Pembubaran

Politik 7 jam yang lalu

PRK Sungai Bakap: ‘Pengundi Muda Tolong Keluar Mengundi’ - PH

oleh Wartawan Getaran

Luar Negara 1 hari yang lalu

Wanita Maut Ditelan Ular Sawa Di Sulawesi Selatan