web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Mayat Anggota Polis, Korban Terakhir Tragedi Bot Karam Di Kapit Ditemukan

Semasa Dikemaskini 6 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 15 Mar 2024 8:16PM

Mayat anggota polis Konstabel Iskandar Ibrahim, korban terakhir tragedi bot karam di Kapit ditemukan hari ini, sembilan hari selepas kejadian. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SIBU - Mayat Konstabel Iskandar Ibrahim, 28, anggota polis yang terkorban dalam tragedi bot karam berhampiran Sekolah Kebangsaan (SK) Lepong Baleh di Bahagian Kapit dekat sini ditemukan hari ini, sembilan hari selepas kejadian.

Iskandar adalah mangsa terakhir ditemukan dalam tragedi yang turut meragut nyawa seorang lagi rakan setugasnya, Sarjan Jonathan Lambert dan dua orang awam yang menaiki bot malang berkenaan, yang karam ketika menempuh pusaran air di Sungai Batang Baleh kira-kira jam 5 petang 7 Mac lalu.

"Mayat Iskandar yang masih lengkap berpakaian seragam polis ditemukan di kawasan Seputin, Sungai Batang Rajang kira-kira dua kilometer dari lokasi kejadian pada 11.30 pagi," kata Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kapit, Timoty Barat ketika dihubungi BERNAMA hari ini.

Menurutnya, seorang guru bersama beberapa penumpang lain menaiki perahu penumpang yang sedang dalam perjalanan balik dari SK Pelagus ke Kapit ternampak mayat terapung di permukaan sungai dan terus menghubungi pihak Bomba Kapit.

Sebaik menerima makluman tersebut, pasukan mencari dan menyelamat (SAR) bergegas ke lokasi yang dilaporkan dan mengesahkan mayat yang terapung itu adalah mayat mangsa terakhir tragedi bot karam berkenaan.

Timoty berkata, mayat mangsa kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya dan operasi ditamatkan sepenuhnya oleh Ketua Polis Daerah Kapit.

Ketika kejadian kedua-dua anggota polis itu dilaporkan dalam perjalanan dari Kapit ke Nanga Tulie bagi mengiringi bahan letupan seberat 35 kilogram bersama bahan peledak untuk kegunaan kerja-kerja meletupkan batu bagi projek pembinaan jalan di kawasan Baleh.

Operasi SAR yang digerakkan sejurus mendapat laporan kejadian itu hanya berjaya menemukan tiga mangsa dua hari selepas kejadian itu, dengan mayat Jonathan ditemukan terapung berhampiran Terminal Bot Ekspres Kapit, manakala mayat dua orang awam, Jack Balan, 45, dan Amerson John Nain, 47, ditemukan hanyut lebih 160 km dari lokasi kejadian.

Seorang lagi orang awam, Moses Ngui, 47, yang turut berada di dalam bot itu semasa kejadian berjaya diselamatkan oleh orang ramai. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

2

Semasa 2 minggu yang lalu

Helaian Janggut Antara Barang Dirampas Dalam Serbuan Di Rumah Pengurusan Tertinggi GISBH

3

Semasa 2 minggu yang lalu

Ahli GISBH Didapati Amal Tarekat Aurad Muhammadiyah - KPN

4

Semasa 3 minggu yang lalu

2 Lagi Peserta RXZ Members 6.0 Maut Kemalangan 

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia