web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Stoking Kalimah Allah: Anwar Mahu Tindakan Segera Dilaksana Ikut Undang-Undang

Semasa Dikemaskini 3 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 21 Mar 2024 8:02AM

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu tindakan segera diambil mengikut undang-undang ditetapkan berhubung penjualan stoking tertera kalimah Allah di sebuah rangkaian kedai serbaneka baru-baru ini.

Bercakap kepada pemberita pada Majlis Berbuka Puasa MADANI bersama pengamal media di sini semalam, Anwar yang juga Menteri Kewangan mengingatkan semua pihak supaya tidak sesekali melakukan penghinaan terhadap agama Islam.

"Pandangan saya jelas, ada laporan keterlanjuran mesti ada tindakan segera, keputusan ikut jalur hukum dan maju terus, kenapa kita harus terperangkap dengan isu ini berpanjangan?

"Ada laporan ambil tindakan, jangan ada penghinaan terhadap agama apa lagi Islam, jadi jangan kita terus-menerus dengan perbincangan ini seolah-olah ia satu malapetaka besar di dalam negara," katanya dan menambah sekiranya tindakan segera telah dilaksanakan, semua pihak perlu berlapang dada.

Baru-baru ini, video dan tangkap layar gambar stoking yang tertera kalimah Allah tular menerusi media sosial yang didakwa dijual di sebuah kedai rangkaian serbaneka di Petaling Jaya, Selangor sehingga menimbulkan kemarahan umat Islam.

Pihak terlibat sudah membuat permohonan maaf dan setakat ini, 80 laporan polis telah dibuat di seluruh negara. Polis juga sudah merakam keterangan lapan individu termasuk pemilik dan pengasas KK Supermart & Superstore Sdn Bhd berhubung isu itu.

Mengenai perbezaan pendapat dalam kalangan pimpinan Kerajaan Perpaduan mengenai isu itu, Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan berkata, mana-mana pemimpin boleh memberikan pandangan, namun diingatkan supaya tidak terlanjur menghukum dan mengikut pemikiran sempit.

"Dalam kerangka badan politik yang bebas dan demokratik, tidak boleh ikut sistem wala' (kerana) dalam parti yang wala' yang kekang pemikiran bebas, ia tidak izinkan... masalah ada, tindakan diambil dan maju terus," katanya.

Konsep wala' yang diamalkan dalam sesebuah organisasi politik bermaksud kesetiaan.

Anwar menegaskan apa jua bentuk hukuman yang diberikan hendaklah dalam bentuk yang tidak melampau.

"Ada orang lakukan kesalahan seperti kita juga lakukan kesalahan, kadang-kadang kecuaian. Jadi, jangan ikut seolah-olah mendera orang lebih daripada yang sepatutnya," katanya. -BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

‘Kami Tetap Teguh Walau Dikritik’ - Anwar

2

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Perlu Anjakan Strategi Sektor Pelancongan - PM

3

Semasa 2 hari yang lalu

Program Matrikulasi: Kuota Bumiputera Tidak Berubah - PM

4

Semasa 2 hari yang lalu

Semua Lepasan SPM Dapat 10 A Ke Atas Berpeluang Ke Matrikulasi - PM

Sorotan

1

Projek KIGIP Beri Limpahan Ekonomi, Selesaikan Isu Air Penduduk Sungai Bakap - Joohari

2

Bertrand, Nur Shazrin Pembawa Jalur Gemilang ke Sukan Olimpik Paris

3

Pemain Badminton China Zhang Zhi Jie Meninggal Dunia Selepas Rebah Di Gelanggang

4

Setem Rai Ulang Tahun Ke-100 Tambak Johor Mula Dijual Hari Ini

5

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan

Disyorkan untuk anda

Semasa 22 jam yang lalu

USJT Ambil Alih Siasatan Kes Sebar Foto Mayat Zayn Rayyan

Semasa 18 jam yang lalu

Fasa Meroboh Stadium Shah Alam Bermula 

oleh Diyana Nawwar

Semasa 1 hari yang lalu

Beli Rumah Dapat Kereta, Setiausaha Anggap Tuah Anak Baru Lahir 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

Muhyiddin Dapat Kebenaran Mahkamah Hadir Majlis Graduasi Cucu Di London