web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Polis Johor Keluar 82 Kompaun Langgar SOP Sekatan Penuh

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Jun 2021 6:27PM

Ayob Khan Mydin Pitchay

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Dalam masa dua hari pelaksanaan sekatan penuh, sebanyak 82 kompaun yang keseluruhannya bernilai RM210,500 dikeluarkan di seluruh negeri ini. 

Kompaun terbabit dikeluarkan hasil pelaksanaan bersepadu Op Pematuhan prosedur operasi standard (SOP) secara bersepadu, membabitkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Johor,  Kementerian Kesihatan (KKM), pihak berkuasa tempatan (PBT), Jabatan Tenaga Kerja (JTK) dan Jabatan Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan (JKKP) selama dua hari berakhir semalam.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, daerah tertinggi dalam pengeluaran kompaun sepanjang tempoh itu adalah Johor Bahru Selatan (JBS), Islandar Puteri (IP) dan Segamat. 

"Antara kesalahan lazim yang dilakukan adalah gagal memakai pelitup muka, gagal mengimbas aplikasi MySejahtera, gagal menjaga penjarakan fizikal, membawa penumpang berlebihan dan tidak mengimbas suhu badan ketika masuk ke premis," katanya di sini, hari ini. 

Menurut beliau, operasi bersepadu melibatkan PDRM serta KKM sebagai penggerak utama itu dibuat bagi memastikan semua pihak mematuhi SOP COVID-19 ditetapkan, dan sehingga kini sejumlah 17,512 premis sudah diperiksa di seluruh negeri.

Antara yang diperiksa termasuk pasar raya, restoran, pusat komersial, pusat perindustian, rumah ibadat, pusat sukan dan rekreasi, terminal pengangkutan, pusat pendidikan, premis penjaja serta lain-lain dengan kadar pematuhan adalah sebanyak 97 peratus. 

Ayob Khan berkata, operasi berkenaan akan dilakukan secara berterusan di kawasan mukim penularan kluster dan lokaliti yang tersenarai dalam data Hotspots Identification for Dynamic Engagement (HIDE) mengikut lingkungan radius 500 meter hingga dua kilometer. 

Serentak dengan pelaksanaan sekatan penuh itu, Ayob memberitahu sebanyak 69 sekatan jalan raya (SJR) didirikan di seluruh negeri merangkumi 43 lokasi susur keluar masuk lebuh raya, sempadan negeri dan sempadan daerah. 

"Tiga SJR Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) didirikan di Kluang dan Segamat, manakala lapan SJR untuk tugas Op Benteng dan 15 SJR lagi dilaksanakan secara bergerak di kawasan Johor Bahru Selatan, Iskandar Puteri, Seri Alam dan Kulai. 

"Seramai 1,046 petugas PDRM ditempatkan di SJR dengan bantuan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA),” katanya.

Pada masa sama, Ayob Khan berkata, pihaknya menerima 3,384 permohonan merentas negeri atau daerah di seluruh negeri bagi dua hari ini.

"Daripada 3,384 permohonan diterima, sebanyak 3,296 permohonan diluluskan dan 88 ditolak, manakala 235 kenderaan diarah berpatah balik di SJR PKP dan PKPD," katanya. – Getaran, 3 Jun 2021 

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

2

Politik 1 minggu yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Helaian Janggut Antara Barang Dirampas Dalam Serbuan Di Rumah Pengurusan Tertinggi GISBH

4

Semasa 2 minggu yang lalu

Ahli GISBH Didapati Amal Tarekat Aurad Muhammadiyah - KPN

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia