web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 4 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 5 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun

IKUTI KAMI


Semua Pihak Harus Sokong Titah Sultan Pahang, Jaga Kesucian Masjid - Mufti 

Semasa Dikemaskini 5 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 23 Mar 2024 2:20PM

Masjid Putra di Putrajaya. gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

GEORGE TOWN - Semua pihak harus menyokong titah Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, yang mengingatkan supaya masjid tidak digunakan sebagai medan untuk berpolitik serta mengkafirkan mereka yang tidak menyokong parti-parti tertentu.

Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor berkata, ini kerana masjid adalah tempat beribadah, serta tempat untuk umat Islam memupuk perpaduan dan tidak wajar dijadikan sebagai gelanggang politik semata-mata, demi mendapatkan sokongan jemaah terhadap parti tertentu.

"Jika ini dibenarkan, maka ia akan memecah-belahkan masyarakat Islam, di samping mencemarkan kesucian masjid. Nak berpolitik buatlah di luar masjid, jangan gunakan rumah Allah untuk tujuan politik kepartian," katanya ketika dihubungi BERNAMA.

Sementara itu, Wan Salim berkata, tiada siapa boleh mengkafirkan mana-mana individu yang tidak menyokong parti tertentu kerana parti politik itu ciptaan manusia berdasarkan ijtihad yang boleh jadi betul atau salah.

Beliau berkata, perkara itu disokong oleh hadis yang melarang mengkafirkan seseorang yang bersolat mengadap ke arah kiblat (kaabah) dan makan haiwan yang disembelih dengan menyebut nama Allah.

"Kecuali, jika seseorang melakukan perbuatan yang jelas menunjukkan kekufurannya seperti menyembah berhala, memaki Allah atau Rasul-Nya atau memijak al-Quran tetapi, jika seseorang tidak menyokong parti tertentu maka kita tidak boleh nengkafırkannya," katanya.

Al-Sultan Abdullah dalam satu rakaman video sebelum ini menitahkan masjid di Pahang supaya mengharamkan penyakit-penyakit lama, antaranya solat dua imam dan kafir-mengkafir serta menjaga kesucian masjid dengan tidak menjadikan rumah ibadat itu sebagai medan berpolitik. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Kanak-Kanak Dalam Video Tular Mangsa Amang Seksual - Polis

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Ramanan Terima Darjah Kebesaran Pahang Bawa Gelaran Datuk Seri

3

Refleksi 2 minggu yang lalu

Hari Terbuka Masjid Tonjol Keistimewaan Dan Keunikan Tradisi Masjid Di Malaysia

4

Semasa 4 minggu yang lalu

Tengku Afzan, FD Idzham Selamat Diijabkabul

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Abang Dakwa Hospital Daerah Cuai, Adik Hilang Anak Kedua 2 Hari Selepas Lahir

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Bomba Terima 2,575 Panggilan Kecemasan Kes Pokok Tumbang

Luar Negara 18 jam yang lalu

Pasukan MALBATT Selamat, Kenderaan Rosak Diserang Orang Awam Lubnan

Semasa 1 hari yang lalu

Op Global: 3 Suspek Liwat Dituduh Hari Ini - KPN