web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 4 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 5 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun

IKUTI KAMI


Tengku Afzan, FD Idzham Selamat Diijabkabul

Semasa Dikemaskini 3 minggu yang lalu · Diterbitkan pada 23 Aug 2024 8:14AM

Tangkap layar sekitar Istiadat Nikah Diraja Tengku Puteri Raja Pahang, Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah dengan FD Idzham FD Iskandar malam tadi.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUANTAN – Anakanda Sultan Pahang, Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah dengan pasangannya FD Idzham FD Iskandar selamat diijabkabulkan dalam satu istiadat yang berlangsung di Balai Mahkota, Istana Abdulaziz di sini malam tadi.

Istiadat perkahwinan diraja itu disaksikan oleh Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan isteri, Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah yang memakai persalinan berwarna kuning diraja bersama paduka-paduka anakanda.

Turut berangkat Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah, paduka kakanda dan adinda Tengku Puteri Afzan, kerabat diraja Pahang, selain dihadiri Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

Pasangan diraja yang tampak segak dan manis dengan mengenakan baju Melayu dan baju kurung berwarna putih itu, dinikahkan oleh wakil Al-Sultan Abdullah iaitu Mufti Pahang, Prof Datuk Dr Asmadi Mohamed Naim dengan dua kali lafaz.

Sejurus selesai akad nikah, pengantin lelaki diiringi untuk menunaikan solat sunat sebelum majlis diteruskan dengan penyerahan mas kahwin iaitu senaskah al-Quran kepada Tengku Puteri Afzan yang duduk di atas pelamin.

Istiadat kemudian diteruskan dengan Majlis Menyarung Cincin perkahwinan oleh kedua-dua pasangan mempelai sebelum Majlis Merenjis yang disempurnakan oleh Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah disusuli Tengku Hassanal.

Kedua ibu bapa pengantin lelaki iaitu Datuk Seri Fateh Iskandar Mohamed Mansor dan Datin Seri Hafizah Mohd Zakaria turut merenjis pasangan mempelai.

Sepanjang istiadat berlangsung, Tunku Azizah kelihatan sebak dan beberapa kali dilihat mengelap air mata sebelum memeluk erat puteri kesayangan baginda selepas selesai Majlis Merenjis pasangan diraja itu.

Istiadat perkahwinan diraja itu dimulakan semlam dengan majlis akad nikah, diikuti berinai esok dan bersanding pada Ahad.

Kesemua istiadat berkenaan dijadualkan pada 8 malam dan disiarkan secara langsung menerusi dua layar besar di Dataran Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) dan satu di Tasik KotaSAS.

Tinjauan Bernama di MBK semalam mendapati orang ramai memenuhi padang berkenaan pada 8 malam untuk mengikuti secara rapat majlis berkenaan, selain lapan lokasi bergambar disediakan bagi pengujung. – BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 6 hari yang lalu

Ramanan Terima Darjah Kebesaran Pahang Bawa Gelaran Datuk Seri

2

Semasa 5 bulan yang lalu

Tindakan Tegas Sewajarnya Akan Diambil Terhadap Portal Salah Lapor Titah Sultan Pahang 

3

Semasa 5 bulan yang lalu

Sultan Pahang Dukacita Laporan Salah Sebuah Portal

4

Semasa 5 bulan yang lalu

Semua Pihak Harus Sokong Titah Sultan Pahang, Jaga Kesucian Masjid - Mufti 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 22 jam yang lalu

SPRM Jumpa Wang Tunai Hampir RM800,000 Dalam Bilik Tidur Pegawai Imigresen

Semasa 1 hari yang lalu

GISBH Didakwa Ceroboh Padang Awam, Pihak Berkuasa Diminta Siasat 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Melaka Dalam Proses Wartakan 5 Lagi Ajaran Sebagai Sesat

Semasa 1 hari yang lalu

Warga Emas Maut Dihempap Pokok