web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Lelaki Ditemui Mati Dalam Kereta

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 03 Jun 2021 9:20PM

Polis menemui mayat seorang lelaki di dalam sebuah kereta di kawasan parkir Klinik Kesihatan Tawau Jenis II, Jalan Chong Thien Vun, Tawau, hari ini.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TAWAU- Seorang lelaki ditemui mati dalam kenderaan miliknya di kawasan parkir Klinik Kesihatan Tawau Jenis II, Jalan Chong Thien Vun, di sini, hari ini.

Dalam kejadian jam 8.30 pagi tadi itu, si mati yang berusia 49 tahun ditemui orang ramai dalam keadaan tidak sedarkan diri di tempat duduk pemandu sebuah kenderaan jenis Toyota Harrier.

Siasatan awal mendapati, orang ramai cuba mengejutkan lelaki berkenaan selepas mendapati kenderaannya berkunci dari dalam, namun tidak menerima sebarang respon.

Ibu si mati memberitahu, anaknya dikatakan keluar dari kediamannya pada jam 9.30 pagi semalam, tanpa memaklumkan destinasi yang dituju.

Bagaimanapun, lelaki itu tidak pulang ke rumah menyebabkan gerakan mencari dilancarkan keluarga dan kenalannya.

Seorang kenalan mereka kemudian memaklumkan penemuan kereta lelaki berkenaan di kawasan parkir klinik terbabit pagi tadi, sebelum segera menghubungi keluarga si mati.

Ketua Polis Daerah Tawau Asisten Komisioner Peter Umbuas ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut.

"Dia disahkan sudah meninggal dunia oleh pasukan perubatan yang tiba di lokasi kejadian.

"Setakat ini, tiada unsur jenayah ditemui di lokasi kejadian dan kes dikategorikan sebagai mati mengejut," katanya.

Mayat lelaki tersebut kemudian dihantar ke Hospital Besar Tawau untuk bedah siasat bagi mengetahui punca sebenar kematian. - Getaran, 3 Jun 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

2

Semasa 1 minggu yang lalu

3 Pelajar Sekolah Menengah Temui Kulat Karang Jarang Jumpa Di Sabah

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Helaian Janggut Antara Barang Dirampas Dalam Serbuan Di Rumah Pengurusan Tertinggi GISBH

4

Semasa 2 minggu yang lalu

Ahli GISBH Didapati Amal Tarekat Aurad Muhammadiyah - KPN

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia