web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Penduduk Buntu, Gangguan Mamalia Besar Rosakkan Tanaman

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Jun 2021 10:30AM

Seekor gajah liar berjaya ditangkap oleh Perhilitan di Kem Iskandar, Mersing pada bulan April lalu. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MERSING - Kehadiran gajah di Felda Tenggaroh 1, dekat sini, yang dipercayai merosakkan tanaman sawit dan menyebabkan kerugian beratus ribu ringgit sejak tiga tahun lepas, membuatkan kumpulan peneroka buntu akan nasib mereka.

Ketua Penerokanya Saimin Tarikat berkata 'gangguan' mamalia besar itu menyebabkan hasil pendapatan 77 peneroka terjejas hampir RM300,000 setelah mengambil kira kos sulam, operasi dan anggaran hasil tiga tahun. 

Beliau berkata selain merosakkan tanaman, haiwan liar itu juga sudah 'berani' menceroboh ke kawasan berhampiran kediaman penduduk yang mencetuskan kebimbangan dan dikhuatiri mengancam keselamatan penduduk setempat. 

Tahun ini sahaja, kehadiran kumpulan gajah tersebut dikesan pada 22 Jan berdekatan dengan rumah peneroka dan kira-kira dua minggu selepas itu (7 Feb), kumpulan gajah itu dilihat di kawasan ladang kelapa sawit milik peneroka, dan terbaharu pada 31 Mei lepas dan semalam.

Sejak tiga tahun lepas, hampir 5,000 tanaman kelapa sawit telah musnah berikutan gangguan gajah-gajah berkenaan.

"Aduan telah pun dibuat namun setakat ini tiada sebarang tindakan dilakukan. Isu ini (gajah) bukanlah perkara baharu justeru, kami berharap agar pihak berkaitan dapat mengambil tindakan segera bagi mengelakkan insiden yang lebih buruk terjadi," katanya kepada Bernama, ketika dihubungi di sini baru-baru ini

Menurutnya, selepas lawatan ke ladang yang terjejas dan sesi penerangan bersama wakil rakyat, Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) dan pejabat daerah pada 15 Feb lepas, tindakan untuk tangkapan terhenti hingga kini.

Sementara itu, Pengarah Perhilitan Johor Salman Saaban berkata kawasan ‘konflik’ berkenaan merupakan kawasan keliaran kumpulan gajah jemaluang yang dipercayai berada dalam kumpulan antara 20 hingga 30 ekor, yang sentiasa bergerak di dalam kawasan Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) Jemaluang, Felda Gugusan Tenggaroh, Ladang Aramijaya, RISDA Sungai Ambat, Ladang Universiti Malaya dan Pekan Jemaluang.

“Buat masa ini, hanya seekor gajah jantan yang dikenal pasti...namun pada kebiasaannya, gajah bergerak dalam kumpulan...kawasan Felda Tenggaroh merupakan kawasan laluan gajah sejak zaman-berzaman meliputi kawasan ladang yang dinyatakan serta kawasan Hutan Simpan Jemaluang dan Hutan Simpan Tenggaroh hingga Tanjung Leman,” kata Salman.

Menerusi mesyuarat dengan pihak pengurusan ladang Felda Tenggaroh yang diadakan sebelum ini, Salman berkata mereka telah mencapai kata sepakat iaitu parit gajah dibina oleh Felda dan pihak jabatan akan membantu mencari peruntukan bagi pemasangan pagar elektrik mudah alih di kawasan berkenaan.

Selain itu, pihak Perhilitan Johor turut menjalankan tindakan kawalan malam bersama pihak ladang apabila terdapat gajah (dikesan) memasuki kawasan terbabit. 

"Sebagai langkah segera, pihak jabatan akan menjalankan operasi tangkapan gajah di kawasan berkenaan selepas selesai operasi pemindahan gajah yang sedang berjalan di Simpang Renggam ketika ini," katanya. 

“Saya nasihatkan agar penduduk tidak ambil tindakan sendiri atau membuat provokasi ke atas gajah yang memasuki kawasan ladang mereka. Jika ada terlihat gajah di dalam kawasan kebun atau ladang dan bimbang akan keselamatan, laporkan kepada pihak Perhilitan dengan segera,” katanya.

Menurut Salman, pihaknya telah menerima sebanyak 32 aduan melibatkan konflik ‘gajah-manusia’ dan 20 daripadanya di daerah Mersing. - Bernama

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia