web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


366 Permohonan Peroleh Kebenaran Beroperasi, 1,420 Ditolak - MCMC

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Jun 2021 10:50AM

Daripada 366 permohonan yang diluluskan, 126 adalah berkaitan dengan pos dan kurier. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) setakat semalam telah memperakui 366 permohonan surat kebenaran beroperasi dan pergerakan sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula 1 Jun 2021.

MCMC dalam kenyataan hari ini berkata agensi itu yang berperanan sebagai agensi pengesahan dalam sistem COVID-19 Intelligent Management System (CIMS) bagi sektor telekomunikasi dan internet, penyiaran serta pos dan kurier memaklumkan perakuan itu diberikan kepada sebahagian daripada 1,786 permohonan. 

Daripada jumlah tersebut, 132 kelulusan melibatkan syarikat perkhidmatan telekomunikasi, 108 berkaitan penyiaran dan 126 berkaitan pos dan kurier.

MCMC berkata baki 1,420 permohonan ditolak kerana perkhidmatan bukan di bawah sektor komunikasi; perkhidmatan walaupun di bawah sektor komunikasi, namun bukan pemegang lesen atau menjalankan perkhidmatan perlu; atau tidak tersenarai sebagai vendor, pengedar atau ejen yang disahkan pemegang lesen.

"Untuk memastikan kelancaran proses pengesahan serta memastikan mereka yang benar-benar layak diberikan kebenaran beroperasi dan pergerakan dengan segera, MCMC memohon kerjasama semua pihak untuk memastikan status syarikat adalah tergolong dalam perkhidmatan perlu," katanya.

MCMC memaklumkan, bagi mereka yang bukan pemegang lesen yang dikeluarkan suruhanjaya itu, syarikat perlu mendapat pengesahan pihak pemegang lesen yang berkaitan terlebih dahulu sebelum mengemukakan permohonan melalui CIMS.

CIMS merupakan pusat sehenti yang diuruskan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) untuk tujuan pengeluaran surat kebenaran beroperasi dan pergerakan semasa PKP kepada semua sektor industri yang dianggap sebagai perkhidmatan perlu, termasuk sektor komunikasi.

MCMC memaklumkan, proses kelulusan melalui CIMS bagi sektor di bawah pemantauan suruhanjaya itu dijalankan secara telus dan teliti bersandarkan matlamat meneruskan kesinambungan perkhidmatan perlu kepada rakyat serta mengelakkan penyalahgunaan surat kebenaran yang diberikan.

Kerajaan sebelum ini mengumumkan bahawa MITI akan bertindak sebagai kementerian pusat bagi memproses permohonan syarikat perkhidmatan perlu untuk beroperasi sepanjang tempoh sekatan pergerakan penuh mulai 1 hingga 14 Jun. - Bernama

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia