web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kongres Nasional PKR Pertama Kali Diadakan Secara Maya

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Jun 2021 11:12AM

Kongres Nasional PKR 2020 ini akan berlangsung selama 3 hari.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kongres Nasional Tahunan Parti Keadilan Rakyat (PKR) 2020 yang berlangsung selama tiga hari membuka tirai persidangannya hari ini secara maya sepenuhnya susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 yang dilaksanakan kerajaan bagi mengekang penularan pandemik COVID-19.

Ia sekali gus menjadi persidangan yang pertama kali diadakan sedemikian sepanjang penubuhan parti berkenaan yang kini menginjak usia 22 tahun.

Kongres tahunan ke-15 berkenaan dimulai dengan persidangan Wanita dengan ucapan oleh Penasihat PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan diikuti ucapan dasar Ketua Wanita Fuziah Salleh.

Ia kemudian disusuli persidangan Angkatan Muda Keadilan (AMK) pada Sabtu dan ucapan dasar oleh Ketua AMK Akmal Nasrullah Mohd Nasir.

Kedua-dua persidangan Wanita dan AMK juga akan mengadakan pemilihan 50 perwakilan setiap sayap untuk ke Kongres Nasional.

Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Port Dickson dijangka menyampaikan ucapan dasar pada Ahad iaitu hari terakhir kongres tahunan berkenaan berlangsung.

Anwar dalam ucapan yang dimuat naik menerusi Facebook rasminya semalam bersempena dengan kongres itu menyifatkan persidangan kali ini unik memandangkan ia berlangsung sepenuhnya dalam talian.

“Saya berdoa kepada Allah mudah-mudahkan kita berkongres dalam keadaan baik dan selamat serta (mendapat) penyertaan yang membanggakan,” katanya. 

Kongres berkenaan yang akan disertai seramai 2,400 perwakilan dan pimpinan PKR menerusi aplikasi Zoom dari kediaman masing-masing, sebelum ini dijadualkan berlangsung di Shah Alam, Selangor secara hibrid yang menggabungkan kehadiran secara fizikal dan juga secara maya.

Namun, disebabkan pelaksanaan PKP dan disusuli dengan sekatan pergerakan penuh selama 14 hari bermula Selasa lepas yang dilaksanakan bertujuan melandaikan keluk COVID-19, kongres berkenaan terpaksa diubah format kepada secara dalam talian sepenuhnya. - Bernama

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia