web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Apa Salahnya Guna Teleskop? Itu Hanya Alat Bantuan - Dr Rozaimi

Semasa Dikemaskini 5 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 11 Apr 2024 3:31PM

Melihat anak bulan menggunakan teleskop sememangnya dibolehkan - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Tidak ada salahnya menggunakan peralatan moden seperti teleskop untuk mencerap anak bulan, bagi menentukan tarikh 1 Syawal.

Menegaskan perkara ini, Ahli Majlis Fatwa Negeri Perlis, Profesor Dr Muhammad Rozaimi Ramle berkata, mencerap anak bulan sememangnya disuruh Rasulullah SAW untuk memastikan ketibaan Syawal.

Menurut beliau, teleskop hanyalah alat bantuan untuk melihat kemunculan anak bulan.

“Nabi (Muhammad) Sallallah Alaih Wasallam juga suruh tengok matahari sebelum berbuka untuk tengok ia dah terbenam ke belum. Berapa ramai orang kita tengok matahari sebelum berbuka bulan Ramadan lepas? Ke tengok ayam golek? 

“Ramai manusia berbuka puasa ikut takwim ahli falak syar'ie termasuk waktu solat kita seharian,” katanya.

Dr Muhammad Rozaimi Ramle - gambar fail
Dr Muhammad Rozaimi Ramle - gambar fail

Muhammad Rozaimi menyatakan demikian sebagai mengulas gesaan dibuat seorang ‘ahli agama Facebook’ agar semua umat Islam terus berpuasa semalam.

Dikenali sebagai Awin Sultan, dia mendakwa anak bulan Syawal harus dilihat dengan mata kasar bagi menandakan ketibaan 1 Syawal.

Kenyataan dibuat Awin Sultan di Facebook semalam yang menolak penampakan anak bulan Syawal oleh pemerintah - gambar Facebook
Kenyataan dibuat Awin Sultan di Facebook semalam yang menolak penampakan anak bulan Syawal oleh pemerintah - gambar Facebook

Sementara itu, tinjauan Getaran mengesan kewujudan seorang lagi individu yang mempunyai pemikiran atau sependapat dengan Awin Sultan.

Menggunakan nama Senjata Ampuh, di Facebook, dia berkata, mereka memiliki dalil dan nas sahih untuk terus berpuasa semalam. 

“Kita ada dalil dan nas sahih. Bukan setakat itu, kita ada ijmak empat mazhab lagi dalam soal ini. Apa yang kita nak risaukan? Kebenaran memang pahit untuk diterima.

“Wahabi lawan amalan yang beradat dengan orang Melayu yang mana Sultan dan Pemerintah juga amalkan. Ada mereka risau? Tak ada. Enam belas wahabi yang digam di Johor pun masih hidup dan terus berdakyah hingga berkembang,” katanya.

Lebih membimbangkan, individu berkenaan juga menggesa pihak lain yang sealiran agar terus teguh mempertahankan pendirian masing-masing. 

“Teruskan. Jangan patah balik. Tetap teguh. Kelirukan orang awam? Eh? Wahabi tu kelirukan orang awam elok je? Bukan takat tu je, siap hukum masuk neraka lagi.

“Orang awam keliru? Orang awam keliru itu menunjukkan betapa lemahnya sistem pendidikan agama terutama dalam hal ehwal Fardhu Ain,” tegasnya.

Sementara itu, tinjauan di bahagian komen mendapati hantaran tersebut menerima kecaman ramai netizen.

Majoriti menyifatkan individu terbabit sebagai ‘merapu’, merepek dan tidak berfikir.

Ada juga yang menggesa pihak berkuasa khususnya Jabatan atau Majlis Agama segera mengambil tindakan kerana boleh mengelirukan umat Islam lain. - Getaran, 11 April 2024

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan

Semasa 3 jam yang lalu

Jumlah Mangsa Di Kedah Bertambah, Perak Dilanda Banjir Semula