web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 4 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 5 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun

IKUTI KAMI


MAPIM Kutuk Pembunuhan Anak, Cucu Pemimpin Hamas 

Semasa Dikemaskini 5 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 11 Apr 2024 5:24PM

gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) hari ini mengutuk sekeras-kerasnya serangan tentera Israel di Semenanjung Gaza pada hari pertama Aidilfitri yang meragut nyawa tiga anak dan beberapa cucu pemimpin Hamas, Ismail Haniyeh.

Presiden MAPIM, Mohd Azmi Abdul Hamid yang terkejut dengan insiden berkenaan mengucapkan takziah kepada Ismail atas kehilangan yang amat tragis itu.

Beliau berkata, menyasarkan pemimpin Hamas dan ahli keluarga mereka hanya akan menguatkan lagi tekad untuk memperjuangkan kebebasan serta hak semua rakyat Palestin dan umat Islam.

"Sukar untuk saya tidak menyuarakan perasaan benci saya dan sesungguhnya amat mengecam kebiadaban tentera pendudukan Zionis yang sewenang-wenangnya menyasarkan mereka yang bukan penempur.

"Genosid yang berterusan di Gaza ialah tindakan terkutuk dan kami menuntut ditamatkan segera kekejaman Israel yang terus berleluasa. Saya mengulangi dan menegaskan komitmen kami untuk berdiri teguh bersolidariti dengan Palestin sehingga pembebasan dicapai," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut TV Al Jazeera, tiga anak lelaki Haniyeh - Hazem, Amir dan Mohammad - terkorban apabila kereta yang mereka naiki dibom dalam insiden yang berlaku di kem Al-Shati di Gaza.

Serangan itu turut mengorbankan dua cucu pemimpin itu dan seorang lagi dilaporkan cedera, memetik media Hamas.

Haniyeh adalah tokoh terkemuka dalam diplomasi antarabangsa Hamas di tengah-tengah konflik berterusan dengan Israel di Semenanjung Gaza dan pada November lalu rumah keluarganya musnah akibat serangan udara Israel.

Mohd Azmi berkata, tidak dapat digambarkan keperitan yang dilalui keluarga Haniyeh, namun sungguh kagum dengan reaksi tenang pemimpin itu.

"Hubungan saya dengan beliau bersifat peribadi. Saya bertemu keluarganya semasa kunjungan saya ke Gaza pada 2014 dan pernah makan malam bersama semua anak-anaknya di rumahnya. Saya juga pernah menyambut kunjungan beliau ke Malaysia beberapa tahun lalu dengan perasaan bangga dan penuh hormat.

"Saya berdoa agar saudara Ismail Haniyeh sekeluarga terus tabah dan kuat untuk mengharungi ujian Allah ini. Saya mendoakan agar semua anak dan cucu beliau yang syahid dikurniakan ganjaran syurga yang paling tertinggi," katanya. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Himpunan Pembebasan Palestin Bukti Rakyat Malaysia Terus Bersolidariti Bersama Palestin

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Pembunuhan Ismail Haniyeh Undang Ketegangan, Perang Di Gaza Lebih Membarah

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Masjid Seliaan JAKIM Adakan Solat Jenazah Ghaib Ismail Haniyeh Malam Ini

4

Semasa 1 bulan yang lalu

‘Meta, Jangan Jadi Bacul!’ - Anwar

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Tahan 5 Individu, Rampas 2 Kenderaan Ada Lambang GISBH Di Bukit Kayu Hitam

Semasa 1 hari yang lalu

Pasukan Perubatan Peribadi Agong Rawat 2 Mangsa Kemalangan

Semasa 1 hari yang lalu

Op Global: 3 Suspek Liwat Dituduh Hari Ini - KPN

Semasa 16 jam yang lalu

Amang Seksual: 3 Pembantu Pelajar Madrasah Mengaku Tidak Bersalah