web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


 461 Kes Tipu Jualan Kereta Dalam Talian, Rekod Kerugian RM5.4 Juta

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Jun 2021 8:30AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sebanyak 461 kes penipuan penjualan kereta dalam talian dilaporkan bagi lima bulan pertama tahun ini dengan kerugian dianggarkan sebanyak RM5,424,828.67, meningkat 94.5 peratus berbanding tempoh yang sama pada tahun lepas.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman Datuk Mohd Kamarudin Md Din berkata bagi tempoh yang sama pada tahun lepas sebanyak 237 kes dilaporkan dengan kerugian bernilai RM1,399,926.89.

“Pada 2020 sebanyak 678 kes penipuan jualan kenderaan melibatkan kerugian berjumlah RM5,926,165.05 dilaporkan, meningkat sebanyak 22.8 peratus berbanding 2019 yang merekodkan sebanyak 552 kes dengan kerugian berjumlah RM3,204,360.71,” katanya dalam kenyataan di sini.

Melihat kepada pertambahan kes penipuan berkenaan, Mohd Kamarudin menasihati orang ramai agar sentiasa mengambil langkah pencegahan sebelum membuat sebarang pembelian kenderaan dalam talian.

“Antara langkah yang boleh digunakan ialah membuat tinjauan dan semakan harga semasa kenderaan di pasaran, tidak mudah percaya dengan iklan yang menawarkan kereta terpakai dengan harga yang murah atas alasan pengecualian kastam atau rampasan pihak berkuasa.

“Selain itu pelanggan juga perlu sentiasa menyimpan rekod perbualan dan transaksi pembayaran sebagai bukti dan memastikan urusan perjanjian jual beli dilakukan melalui kaedah yang diperakui selain membuat semakan pengesahan akaun bank dan talian telefon melalui http://ccid.rmo.gov.my/semakmule,” katanya. 

Mohd Kamarudin berkata modus operandi yang sering digunakan oleh sindiket penipuan penjualan kenderaan terpakai berkenaan ialah menawarkan kenderaan import pada harga murah dengan mendakwa kereta berkenaan dari Thailand, Singapura dan Langkawi.

“Sindiket ini akan menggunakan media sosial sebagai medium pengiklanan dan mangsa kemudian diminta memasukkan sejumlah wang ke akaun bagi tujuan antaranya pembayaran wang proses, cukai jalan dan geran. Setelah wang dimasukkan ke akaun berkenaan kereta yang dijanjikan tidak diterima,” katanya. - Bernama

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia