web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


JPV Periksa 81,252 Lembu Ada Tanda LSD

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Jun 2021 1:17PM

JPV menjalankan pemeriksaan terhadap haiwan ternakan di seluruh negara bagi menyekat penularan penyakit. - Gambar dari Facebook Jabatan Perkhidmatan Veterinar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUANTAN - Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) sudah melakukan pemeriksaan terhadap 81,252 ekor lembu di 9,108 ladang di seluruh negara, selepas  89 ekor haiwan berkenaan dikesan memiliki tanda dijangkiti penyakit kulit kental (LSD).

Ketua Pengarahnya, Datuk Dr Norlizan Mohd Noor berkata, pemeriksaan itu dilakukan terhadap haiwan ternakan bagi menyekat penularan penyakit terbabit dan usaha berkenaan sedang giat dilakukan di seluruh negara.

Katanya, semua JPV negeri sudah diarah mengaktifkan program survelan bagi mengesan dan mengawal serta melakukan aktiviti pencegahan penularan penyakit LSD pada ternakan  lembu di seluruh negara, terutama di kawasan berisiko tinggi.

"Bagi lembu import pula, kita sedang memperketatkan syarat mengimport lembu hidup dengan memastikan tiada haiwan ternakan itu mengidap penyakit berkenaan sebelum dibawa masuk ke negara ini. 

"Kita terpaksa memperketatkan syarat ini bagi mencegah penularan penyakit LSD hingga menjejaskan ternakan lembu tempatan," katanya di sini. 

Dr Norlizan turut memaklumkan, pihaknya sudah menjalinkan kerjasama rapat dengan Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) bagi memperkemaskan lagi kawalan di semua pintu sempadan negara. 

Tambahnya, tindakan tegas akan diambil terhadap konsainan lembu import yang menunjukkan gejala penyakit LSD di stesen kuarantin.

"Jadi, kita minta kerjasama pemain industri termasuk pengimport, peraih dan penternak supaya segera menghubungi pejabat perkhidmatan veterinar negeri dan daerah berdekatan jika mendapati ternakan lembu di dalam jagaan atau kandang mereka menunjukkan gejala penyakit LSD," katanya.

Sehubungan itu, Dr Norlizan berkata,  persampelan akan dilakukan segera bagi mendapatkan pengesahan penyakit.

Menurutnya, ternakan lembu yang sudah dijangkiti perlu diasingkan dan dilupuskan menerusi penyembelihan di rumah sembelihan milik jabatan atau rumah sembelihan swasta yang dilesenkan.

Sementara itu, beliau memaklumkan penyakit LSD berpunca daripada virus Poxviridae dan boleh tersebar pada ternakan lembu melalui gigitan vektor serangga seperti nyamuk, sengkenit atau kutu babi.

Jelasnya, penyakit itu boleh berjangkit melalui rembesan air liur dan hidung ternakan lembu dijangkiti wabak berkenaan.

"Tanda klinikal pada ternakan lembu yang terjangkit LSD ialah nodular pada kulit di sebahagian atau keseluruhan badan haiwan terbabit dan sehingga kini tiada rawatan khusus untuk penyakit berkenaan.

"Ternakan lembu yang dijangkiti setakat ini boleh diberikan rawatan bagi mengelak jangkitan sekunder menerusi pemberian antibiotik, anti-inflamatori dan vitamin," katanya. – Getaran, 5 Jun 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

Agong Kurnia 10 Ekor Lembu Untuk Ibadah Korban

2

Semasa 3 bulan yang lalu

PM Sumbang 35 Ekor Lembu Kepada 11 Wilayah Felda Sempena Aidiladha

3

Video & Galeri 3 bulan yang lalu

Konvoi Motosikal Nak Pergi Mana Tu?

4

Semasa 4 bulan yang lalu

Lembu 'Kayangan' Pilihan VIP, Golongan Berkemampuan Laksanakan Ibadah Korban

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia