Berita Terkini

1 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 3 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 3 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Amalan Pemakanan Tidak Sihat, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Obesiti - Dr Dzulkefly

Semasa Dikemaskini 1 minggu yang lalu · Diterbitkan pada 24 Apr 2024 5:12PM

gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Amalan pemakanan yang tidak sihat dan kurang aktiviti fizikal adalah komponen utama yang menyumbang kepada masalah obesiti, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.

Beliau berkata, sebarang dakwaan bahawa kedai makan 24 jam turut menjadi punca utama obesiti di Malaysia harus dibuktikan secara empirikal iaitu melalui kajian yang objektif dan menyeluruh.

"Menutup kedai makan 24 jam tidak menjamin pengguna tidak akan mencari alternatif.

"la harus mengambil kira keseluruhan sumber makanan yang mudah didapati di Malaysia seperti mi segera dan makanan berkelah," katanya kepada media ketika ditemui di Majlis Sulaman Kasih di Aidilfitri anjuran Kementerian Perpaduan Negara di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas cadangan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) yang menggesa kedai makan dilarang beroperasi 24 jam bagi membantu mengurangkan masalah kesihatan dan obesiti di negara ini.

Dr Dzulkefly berkata, setiap individu bertanggungjawab ke atas tabiat pemakanan dan gaya hidup masing-masing.

"Sebarang perubahan tingkah laku individu memerlukan tahap kesedaran dan literasi kesihatan yang tinggi, namun di Malaysia satu daripada tiga individu mempunyai tahap literasi kesihatan yang rendah," katanya.

Dr Dzulkefly berkata, cadangan CAP berkaitan penutupan kedai makan 24 Jam akan diperhalusi, termasuk sesi libat urus dengan semua pihak berkepentingan supaya isu itu dapat dicerakin secara menyeluruh dan syor penyelesaian mempunyai hala tuju serta keberhasilan yang jelas.

"Kertas cadangan akan disediakan untuk penelitian dan tindakan seterusnya oleh Kementerian Kesihatan," katanya.

Beliau turut menjelaskan terdapat keperluan mendesak untuk kumpulan yang bergantung kepada perkhidmatan kedai makan 24 jam seperti petugas barisan hadapan antaranya polis, bomba, doktor, jururawat dan petugas keselamatan.

"Menghentikan perkhidmatan secara pukal akan menyebabkan kesukaran kepada mereka," katanya. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

54 Peratus Pegawai Perubatan Tinggalkan Sektor Awam Pada 2022

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Cadangan Wujudkan Kawasan Khas Merokok Belum Dimuktamadkan - Dr Dzulkefly

3

Semasa 2 bulan yang lalu

Asian Medtec 2024 Perkukuh Reputasi Malaysia Dalam Teknologi, Peranti Perubatan

4

Semasa 4 bulan yang lalu

COVID-19: Kerajaan Tidak Bercadang Laksana Semula PKP - Dr Dzulkefly

Sorotan

1

Mangsa Skim Pelaburan Penipuan Berisiko Hilang Hak Untuk Pulih Kerugian – JSJK

2

SPRM Terima Beribu-ribu Dokumen Semasa Siasatan Kes 1MDB – Pegawai Penyiasat

3

Malaysia Berdepan 30,000 Kekurangan Jurutera, Perlu Tampung Dengan TVET

4

Kerajaan Kelantan Ucap Terima Kasih Kepada PM

5

KESUMA Sambut Baik Penyediaan Dana Latihan RM30 Juta

6

Kerajaan Akan Terus Pantau Kadar Inflasi Susulan Kenaikan Gaji Penjawat Awam - PM

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Harumanis Tiruan Tak Jejas Pasaran Baka Asli Perlis

oleh Rafisqi Radhi

Semasa 16 jam yang lalu

Gajah Liar Ganggu Penduduk Ditangkap

Semasa 16 jam yang lalu

Status Agama Islam: Mahkamah Tolak Rayuan Wanita

Semasa 5 jam yang lalu

Peras RM1.25 Juta: 3 Pegawai Kanan Polis Ditahan Bantu Siasatan