Berita Terkini

3 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Asian Medtec 2024 Perkukuh Reputasi Malaysia Dalam Teknologi, Peranti Perubatan

Semasa Dikemaskini 3 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 15 Feb 2024 4:05PM

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad. gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Penganjuran Persidangan dan Pameran Teknologi Perubatan Antarabangsa Asia (ASIAN MEDTEC) 2024 bakal memperkukuh reputasi Malaysia sebagai destinasi pilihan pengeluaran dan aktiviti rantaian bekalan peranti perubatan.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, ASIAN MEDTEC 2024, yang julung kali diadakan pada 10 hingga 12 Disember depan, turut akan menjadi platform pelancaran inovasi baharu dalam sektor peranti perubatan.

"Selain itu, penganjuran program ini bertujuan mendorong kerjasama dalam kalangan agensi utama kerajaan untuk membentuk ekosistem bertaraf dunia bagi teknologi dan peranti perubatan di Malaysia," katanya pada sidang media selepas Majlis Prapelancaran ASIAN MEDTEC 2024 di sini, hari ini.

Beliau berkata, persidangan tiga hari akan diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur dan dijangka menarik lebih 250 syarikat pempamer serta 10,000 pengunjung dari 25 negara antaranya Australia, China, India, Jepun, Korea Selatan, Perancis, Jerman, Singapura dan Amerika Syarikat.

Dzulkefly berkata, pada masa sama, aktiviti perdagangan antarabangsa dan sesi padanan perniagaan turut diatur sepanjang program berkenaan, selain menyediakan kemudahan bagi aktiviti persidangan dan ceramah berkaitan teknologi terkini industri, sekali gus memenuhi keperluan industri peranti dan teknologi perubatan.

Beliau berkata, sidang mesyuarat tahunan Global Harmonisation Working Party (GHWP) ke-28 juga akan berlangsung semasa persidangan ASIAN MEDTEC 2024.

"Pemilihan Malaysia sebagai tuan rumah bagi mesyuarat tahunan GHWP, yang mengumpulkan delegasi pihak berkuasa dan industri dari 34 negara, memberi isyarat penglibatan Malaysia melalui Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA) dalam landskap teknologi dan peranti perubatan antarabangsa semakin meningkat," katanya.

Beliau berkata, dengan nilai pasaran teknologi dan peranti perubatan global dianggarkan sebanyak 536 bilion euro pada 2021, penganjuran ASIAN MEDTEC 2024 adalah sejajar dengan Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 untuk mendorong negara ke arah menjadi antara pemain utama sektor peranti perubatan. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

Amalan Pemakanan Tidak Sihat, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Obesiti - Dr Dzulkefly

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Hak Kesihatan Bukan Keistimewaan Eksklusif - Dr Dzulkefly

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Pesakit Tibi Enggan Teruskan Rawatan Boleh Dikenakan Tindakan - Dr Dzulkefly

4

Semasa 2 bulan yang lalu

54 Peratus Pegawai Perubatan Tinggalkan Sektor Awam Pada 2022

Sorotan

1

Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Jenazah 2 Anggota Polis Dibawa Keluar Dari HSI

2

Gagal Jelaskan Hutang RM4.96 Juta, Jovian Apparel Disaman

3

Kelantan Gagal Sekat Sabah FC Bawa Pulang 3 Mata Dari Kota Bharu

4

Perbuatan 6 Bekas Penuntut UPNM Dera, Buli,  Melampau - Pendakwaan

5

Meta Diminta Beri Penjelasan Selepas Turunkan Posting 'Anwar-Hamas'

6

Bakal Jemaah Terkandas, Kerajaan Dan TH Cari Penyelesaian Terbaik

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Buka Kertas Siasatan Kes Resit Tertera Perkataan Hina Islam

Semasa 2 jam yang lalu

Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Jenazah 2 Anggota Polis Dibawa Keluar Dari HSI

Semasa 23 jam yang lalu

Presiden Kazakhstan Bersedia Tingkat Interaksi, Kerjasama Dengan Malaysia

Semasa 1 hari yang lalu

Dasar Pengambilan Pelajar UiTM Kekal

oleh Wartawan The Vibes