web statsweb stats

Berita Terkini

9 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Pesakit Tibi Enggan Teruskan Rawatan Boleh Dikenakan Tindakan - Dr Dzulkefly

Semasa Dikemaskini 6 bulan yang lalu ยท Diterbitkan pada 24 Mar 2024 2:55PM

Dr Dzulkefly Ahmad - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pesakit tibi yang berhenti mengambil atau enggan meneruskan rawatan boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, statistik semasa penyakit tibi amat membimbangkan dan menjejaskan kualiti hidup rakyat.

Menurut beliau, tibi masih menjadi antara beban penyakit utama di Malaysia.

“Tibi adalah penyakit berjangkit yang merebak melalui udara disebabkan oleh Mycobacterium tuberculosis.

“Dengan adanya rawatan yang boleh menyembuhkan penyakit tibi, usaha bagi mengesan dari peringkat awal dan memulakan rawatan secepat mungkin perlu ditingkatkan,” katanya.

Dr Dzulkefly menyatakan demikian sempena Hari Tibi Sedunia yang disambut pada 24 Mac setiap tahun.

Sambutan tersebut adalah bagi memperingati sejarah penemuan bakteria Mycobacterium tuberculosis oleh Dr Robert Koch pada 24 Mac 1882.

Tema tahun ini adalah ‘Yes! We Can End TB’ atau ‘Ya, Kita Boleh Hentikan Tibi!’ bagi menyeru sokongan dan komitmen semua individu dan lapisan masyarakat untuk menggembeling usaha, tenaga, kepakaran, inovasi serta meningkatkan pelaburan bagi menghentikan tibi di Malaysia.

Jelas Dr Dzulkefly, 2,623 kematian akibat tibi direkodkan tahun lalu iaitu peningkatan sebanyak dua peratus atau 51 kes berbanding 2022.

“Organ utama yang dijangkiti adalah par-paru (pulmonary TB), namun organ lain juga boleh mendapat jangkitan ialah otak (meningitis TB), tulang belakang (spinal TB), kelenjar limfa (lymph node TB), perut (abdominal TB) dan lain-lain.

“Gejala penyakit tibi adalah seperti batuk yang berpanjangan melebihi dua minggu, demam, berpeluh waktu malam, kurang selera makan, susut berat badan dan batuk berdarah,” katanya.

Beliau menarik perhatian, salah faham bahawa tibi disebabkan santau, buatan orang atau penyakit keturunan perlu diperbetulkan agar individu yang mempunyai gejala penyakit ini mendapat pemeriksaan dan rawatan awal di klinik kesihatan dan hospital yang berhampiran. 

“Mereka yang berisiko tinggi untuk dijangkiti penyakit tibi seperti pesakit HIV, pesakit buah pinggang kronik, penghidap pulmonari kronik jenis obstruktif), perokok aktif dan individu yang mempunyai kontak kepada kes tibi juga dinasihatkan untuk melakukan saringan.

“Rawatan bagi penyakit tibi adalah kombinasi ubatan antibiotik yang perlu diambil setiap hari selama tidak kurang enam bulan,” katanya.

Tegas Dr Dzulkefly, pesakit disarankan mematuhi jadual rawatan dan berbincang dengan penyelia rawatan jika menghadapi sebarang masalah atau kesan sampingan ubatan. 

“Sokongan ahli kelarga, majikan, rakan sekerja dan masyarakat memainkan peranan penting bagi memastikan pesakit tidak terhenti rawatan.

“Kementerian Kesihatan (KKM) sentiasa berusaha bagi meningkatkan penyampaian perkhidmatan kawalan penyakit tibi yang berkualiti serta lebih mesra pengguna.

“Kaedah pengesanan penyakit tibi menggunakan teknologi terkini yang lebih tepat dan cepat sedang dilaksanakan secara berfasa,” katanya.

Tambah beliau, pelaksanaan regim rawatan yang lebih pendek juga sedang diperhalusi dan sebagai alternatif kepada pengambilan ubat tibi harian secara fizikal di klinik kesihatan (DOT), kaedah maya (VOT) telah dilaksanakan secara projek rintis mulai Julai 2023 melibatkan 27 buah klinik kesihatan terpilih di lima buah negeri. 

“Kaedah VOT ini akan diperluaskan ke semua negeri pada tahun ini. Adalah menjadi inspirasi dan harapan negara agar tibi tidak lagi menjadi penyakit berjangkit dalam masyarakat menjelang tahun 2035, selari dengan 'Strategi Hentikan Tibi' oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO),” katanya. - Getaran, 24 Mac 2024

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

9.2 Juta Dos Vaksin COVID-19 Terpaksa Dibuang Kerana Tamat Tempoh - Menteri

2

Semasa 5 bulan yang lalu

Hak Kesihatan Bukan Keistimewaan Eksklusif - Dr Dzulkefly

3

Rencana 6 bulan yang lalu

Ambil Mudah Gejala Antara Kekangan Utama Basmi Tibi - Pakar

4

Semasa 7 bulan yang lalu

Asian Medtec 2024 Perkukuh Reputasi Malaysia Dalam Teknologi, Peranti Perubatan

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 18 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 10 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 10 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki