web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Terengganu Capai 80 Peratus Ke Arah Imuniti Kelompok 5 Bulan Lagi

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Jun 2021 10:27PM

Dr Nor Azimi Yunus

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA TERENGGANU – Terengganu diyakini dapat mencapai sasaran 80 peratus ke arah mewujudkan imuniti berkelompok menjelang lima bulan lagi, selaras dengan gerakan pemberian vaksin secara agresif kepada penduduk negeri itu.

Pengarah Kesihatan Negeri, Dr Nor Azimi Yunus berkata, beberapa inisiatif dilaksanakan dalam memperhebatkan pemberian vaksin dilihat meraih perkembangan yang amat memberangsangkan.

Menurut beliau, ia menyuntik keyakinan bahawa laluan ke arah mewujudkan imuniti berkelompok semakin menampakkan kejayaan.

“Kami yakin sasaran itu dapat dicapai jika Terengganu menerima bekalan vaksin dengan lancar mengikut jadual, ” katanya kepada media selepas program pemberian vaksin di Kampung Bukit Mundok, Setiu hari ini.

Antara inisiatif berkenaan termasuk menambah lima lagi Pusat Pemberian Vaksin (PPV) awam, menjadikan jumlah keseluruhan kepada 13 di seluruh Terengganu.

Dr Nor Azimi berkata, pertambahan PPV itu berjaya memberi hasil positif apabila jumlah penerima suntikan meningkat kepada 5,380, berbanding 3,808 sepanjang April hingga Mei tahun ini.

“Jabatan kami kini sedang giat  memperbanyakkan program bantuan pemberian vaksin kepada penduduk di kawasan pendalaman, selain menjalin kerjasama dengan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) untuk menjadikan institusi itu sebagai lokasi terbaru PPV.

“Kerjasama tersebut dapat memberi suntikan kepada 1,500 individu hingga maksimum 3,000 individu setiap hari,” katanya.

Minggu lalu, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan Kesihatan dan Alam Sekitar, Dr Alias Razak berkata Terengganu antara negeri yang merekodkan jumlah penerima vaksin terendah di Malaysia.

Beliau berkata, sekurang- kurangnya lebih 10,000 penerima dikesan gagal menghadirkan diri pada temu janji vaksin COVID-19 dengan pelbagai alasan, termasuk terlupa tarikh dan masalah pengangkutan. – Getaran, 5 Jun 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

2 Bekas Pengasuh Mengaku Tidak Bersalah Dera Bayi Di Taska

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Pesara Mengaku Tidak Salah Guna Dokumen Palsu, Salah Guna Harta Kesatuan

3

Semasa 2 bulan yang lalu

Pasangan Kekasih Maut Nahas 4 Kenderaan

4

Sukan 3 bulan yang lalu

Terima Kecaman Ramai, TFC Batal Perjanjian Tajaan Dengan XFOX

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia