web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Selangor Tawar Insentif Haji Muassasah Untuk 6,000 Jemaah

Semasa Dikemaskini 5 bulan yang lalu ยท Diterbitkan pada 29 Apr 2024 8:40PM

Amirudin Shari - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan negeri Selangor bakal menawarkan Insentif Haji Muassasah 1445H / 2024M, melibatkan pemberian berjumlah RM500 kepada 6,000 jemaah.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, pemberian tersebut yang meliputi peruntukan sebanyak RM3,000,000.00 diluluskan pada Belanjawan Selangor 2024, November tahun lalu.

Menurut beliau, seramai 6,000 jemaah muassasah telah dibantu kerajaan negeri sejak insentif berkenaan mula dilaksanakan pada 2022.

“Pada tahun itu, 3,000 jemaah telah menerima bantuan manakala baki 3,000 lagi pada 2023.

“Jumlah bakal jemaah yang dibantu dan amaun yang diperuntukkan tahun ini adalah dua kali ganda berbanding tahun lalu,” katanya.

Amirudin berkata, bakal jemaah boleh memohon untuk Insentif Haji Muassasah bermula 6 Mei depan hingga 23 Ogos di Pusat Khidmat Masyarakat Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing.

“Mereka perlu membawa salinan bercetak Jadual Penerbangan Haji Muassasah Tahun 2024 dengan paparan KOD MUAS.

“Insentif ini akan dilaksanakan melalui kerjasama Pusat Khidmat Masyarakat DUN, Pejabat Penyelaras DUN, dan Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan),” katanya.

Beliau turut melahirkan harapan untuk melihat insentif tersebut berupaya membantu memudahkan urusan perjalanan jemaah tahun ini. - Getaran, 29 April 2024

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 4 jam yang lalu

Jumlah Mangsa Di Kedah Bertambah, Perak Dilanda Banjir Semula

Semasa 1 hari yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan