web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Segerakan Kajian Vaksin COVID-19 Untuk Individu Bawah 18 Tahun - Rina Harun

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Jun 2021 10:20PM

Rina Mohd Harun (dua, kiri) menyampaikan sumbangan berupa peralatan mainan kepada Pengarah PKRC Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) Ayer Keroh, Dr Abdul Karim Abdul Rahman (tengah) selepas melakukan lawatan di PKRC berkenaan hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MELAKA – Kerajaan digesa untuk menyegerakan kajian suntikan vaksin COVID-19 ke atas kanak-kanak dan remaja berusia 18 tahun ke bawah, bagi membendung risiko jangkitan virus maut itu.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd Harun berkata, peningkatan jumlah jangkitan membabitkan golongan berkenaan termasuk bayi, kini semakin membimbangkan.

Menurut beliau, kajian seumpama itu adalah perlu memandangkan tiada vaksin COVID-19 yang sesuai diberikan kepada mereka setakat ini.

“Demi keselamatan nyawa mereka, saya menggesa kajian seperti ini dipercepatkan,” katanya selepas mengadakan lawatan dan pemantauan petugas Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di Pusat Kuarantin Dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) Ayer Keroh, di sini hari ini.

Menurut beliau, terdapat negara luar yang sudah memberi vaksin kepada kanak-kanak yang berusia 12 tahun ke atas dan Malaysia diharapkan dapat mengikut jejak langkah itu pada kadar segera.

"Pihak KPWKM juga sudah berhubung dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) untuk membolehkan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) bagi kanak- kanak dipercepatkan.

"Kini PICK memberi fokus kepada warga emas dan orang kurang upaya (OKU) jadi selepas ini kita harap fokusnya tertumpu kepada golongan kanak- kanak pula," katanya.

Seramai 147 pesakit yang ditempatkan di PKRC MITC terdiri daripada kanak-kanak, dengan 99 daripadanya berusia antara 12 hingga 17  tahun, manakala 48 lagi berumur 12 tahun ke bawah. – Getaran, 5 Jun 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Melaka Dalam Proses Wartakan 5 Lagi Ajaran Sebagai Sesat

2

Semasa 3 minggu yang lalu

Bayi 8 Bulan Maut: Taska Ditutup Serta Merta

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Kunjungan Putera Mahkota Petanda Hubungan Kukuh Malaysia-Brunei - PM

4

Sukan 2 bulan yang lalu

Tidak Rehat Lama Lepas Menang Gangsa - Aaron/Wooi Yik

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia