web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Isu Kasino Forest City: Chegu Bard Tak Mengaku Salah Terbit Kenyataan Menghasut

Semasa Dikemaskini 2 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 30 Apr 2024 4:23PM

gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Ahli Jawatankuasa Penerangan BERSATU, Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali Chegu Bard tidak mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan mengeluarkan penerbitan menghasut berkaitan projek kasino di Forest City, Jumaat lalu.

Badrul Hisham, 45, membuat pengakuan berkenaan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Rasidah Roslee.

Dia didakwa membuat penerbitan menghasut menerusi akaun Facebook miliknya dengan nama 'Che GuBard' di Mutiara Villa Bukit Bintang, Kuala Lumpur pada jam 6.30 petang, 26 April lalu.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Perenggan 4(1)(c) Akta Hasutan 1948 (Akta 15) yang boleh dihukum di bawah subseksyen 4(1) akta sama, yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Kes dikendalikan barisan Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Masri Mohd Daud, Abdul Ghafar Ab Latif, Abdul Malik Ayob dan Nadia Mohd Izhar, manakala Chegu Bard diwakili Muhammad Rafique Rashid Ali.

Turut hadir, Ahli Parlimen Pasir Gudang Hassan Abdul Karim sebagai peguam pemerhati.

Terdahulu, Masri menawarkan jaminan RM20,000 dengan seorang penjamin, selain memohon perintah larangan bersuara (gag order) agar kedua-dua pihak tidak mengeluarkan sebarang komen atau kenyataan umum menerusi mana-mana platform media sosial sehingga kes selesai.

Bagaimanapun, Muhammad Rafique memohon jumlah jaminan lebih rendah atas alasan anak guamnya menanggung isteri dan empat anak termasuk seorang orang kurang upaya (OKU), selain hanya isterinya sahaja yang bekerja ketika ini.

Muhammad Rafique juga memaklumkan bahawa jumlah jaminan RM20,000 yang ditawarkan pendakwaan adalah tinggi berbanding hukuman diperuntukkan di bawah Akta Hasutan sebanyak RM5,000.

"Anak guam juga sudah dituduh atas kesalahan sama di Mahkamah Seksyen Kuala Lumpur dengan jaminan ditetapkan RM10,000 dengan seorang penjamin.

"Perintah larangan yang dimohon pihak pendakwaan pula tidak khusus dan bersifat injuksi. Perintah itu adalah tidak berperlembagaan kerana mengikut Perkara 10, rakyat Malaysia ada kebebasan untuk membincangkan sesuatu perkara secara terbuka mengikut undang- undang," kata peguam itu.

Mahkamah kemudian membenarkan Badrul Hisham diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin dan menolak perintah larangan bersuara yang dipohon pihak pendakwaan, selain menetapkan 24 Jun depan untuk sebutan semula kes.

Semalam, Badrul Hisham didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas dua pertuduhan menghasut dan mengeluarkan kenyataan fitnah yang akan merosakkan nama baik Yang di-Pertuan Agong.

Bagaimanapun, beliau tidak mengaku bersalah selepas kedua-dua pertuduhan itu dibacakan di hadapan Hakim Siti Aminah Ghazali. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 5 hari yang lalu

Lelaki Didakwa Bunuh Ibu

2

Selebriti 5 hari yang lalu

Kes Khalwat: Aliff Aziz, Ruhainies Mengaku Tak Bersalah

3

Semasa 2 minggu yang lalu

Miza Ozawa Dipenjara 2 Bulan

4

Semasa 2 minggu yang lalu

Najib Kawal Penuh Semua Aspek SRC - Bekas Pengarah

Sorotan

1

Perlu Berani Tonjol Akhlak Islam Santuni Penganut Agama Lain – Anwar

2

Wanita Maut Ditelan Ular Sawa Di Sulawesi Selatan

3

Projek KIGIP Beri Limpahan Ekonomi, Selesaikan Isu Air Penduduk Sungai Bakap - Joohari

4

Bertrand, Nur Shazrin Pembawa Jalur Gemilang ke Sukan Olimpik Paris

5

Pemain Badminton China Zhang Zhi Jie Meninggal Dunia Selepas Rebah Di Gelanggang

Disyorkan untuk anda

Semasa 15 jam yang lalu

Bom Mortar Dijumpai Dalam Rumah Sewa

Sukan 1 hari yang lalu

Selangor Mara Ke Separuh Akhir Piala FA Selepas Tempuh Aksi Dramatik

Semasa 1 hari yang lalu

Isu Buli Siber Dibentang Ke Jemaah Kabinet Minggu Depan

Semasa 11 jam yang lalu

‘Persembahan Untuk Maal Hijrah Berdasarkan Tafsir Ilmi Kejadian Langit Dan Bumi’ - JAKIM

oleh Sophia Ahmad