web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Mayat Pemancing Lemas Di Empangan Tasik Pedu Ditemukan

Semasa Dikemaskini 4 bulan yang lalu ยท Diterbitkan pada 19 May 2024 1:35PM

Anggota bomba membawa mayat lelaki yang ditemukan terapung di Empangan Tasik Pedu. - Gambar Facebook

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR SETAR - Mayat pemancing yang dipercayai lemas di Empangan Tasik Pedu, dekat Kuala Nerang pada Khamis lepas ditemukan hari ini.

Ketua Zon I Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah Penguasa Kanan Bomba I Ahmad Aminuddin Abd Rahim berkata mayat lelaki berusia 50-an itu ditemukan terapung pada jam 8.05 pagi.

"Bomba menerima panggilan kecemasan pada 6.20 petang Khamis lepas berhubung kejadian lemas yang melibatkan dua mangsa lelaki yang sedang memancing di tasik berkenaan dengan menaiki bot.

"Bagaimanapun, seorang daripada mangsa berusia 55 tahun berjaya diselamatkan oleh orang awam yang berada berhampiran kawasan kejadian manakala seorang lagi dipercayai lemas," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata operasi pencarian mangsa yang bermula sejak Khamis lepas turut membabitkan Unit Anjing Pengesan (K-9), Unit Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jitra dan Sungai Petani serta anggota BBP Kuala Nerang.

"Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis dan akan dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar untuk bedah siasat," katanya. - BERNAMA
 

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Tanah Jerlus: Selaman Ke Lokasi Objek Tersekat Berdepan Kesukaran

2

Semasa 4 bulan yang lalu

Hilang Di Sungai, 2 Lelaki Ditemukan Lemas

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Mayat Pelatih AMD Ditemui, Termasuk Dalam Paip Penyedut Pasir

4

Semasa 3 tahun yang lalu

7 Remaja Sesat Daki Gunung Selamat

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia