web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kejayaan UK Catat Kematian Sifar Yakinkan Kerajaan Tentang Program Imunisasi - Adham

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Jun 2021 2:47PM

Adham Baba - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Kejayaan United Kingdom (UK) merekodkan sifar kematian COVID-19 baru-baru ini meningkatkan lagi keyakinan kerajaan terhadap keberkesanan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan yang sedang dilaksanakan, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba.

Katanya pencapaian UK itu turut meningkatkan semangat kerajaan untuk memastikan pemvaksinan ke atas seramai mungkin penduduk di negara ini.

“Daripada data yang kita peroleh menunjukkan UK dengan program vaksinasi mereka telah mencatatkan zero death. Ini beri kita semangat bahawa vaksin yang diberi betul-betul menolong meningkatkan imuniti dan perlindungan.

“Oleh itu, penting untuk kita menyediakan vaksin kepada seramai mana penduduk yang boleh agar kes COVID-19 tidak sampai ke tahap serius,” katanya ketika ditemui pemberita selepas meninjau persiapan operasi Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Mega di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada, di sini hari ini.

Empat hari lalu, media melaporkan UK merekodkan kematian sifar bagi COVID-19 untuk pertama kali sejak Julai tahun lepas, sekali gus membuktikan program vaksinasi yang  dilaksanakan di negara itu sejak Disember tahun lalu berkesan.

Dr Adham berkata kerajaan kini melaksanakan pelbagai inisiatif untuk meningkatkan pemvaksinan ke atas penduduk termasuk membuka lebih banyak PPV.

Sehubungan itu, beliau mengingatkan individu yang gagal menghadiri janji temu pemberian suntikan vaksin COVID- 19 agar turut membuat penjadualan semula menggunakan aplikasi MySejahtera.

Ini penting bagi memastikan hasrat kerajaan untuk mencapai imunisasi kelompok  dalam kalangan rakyat tercapai, sekali gus menghentikan penularan pandemik berkenaan, katanya.

“Jadi mereka perlu ‘reschedule’ dalam MySejahtera dan kita akan tengok. Dalam masa sama, kita tiada masalah dengan vaksin yang dibekalkan kerana kita boleh buat simpanan untuk penerima vaksin seterusnya,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Muzik 5 bulan yang lalu

Fenomena ‘Swiftonomic’ Bantu Promosi Johor

2

Video & Galeri 5 bulan yang lalu

Sambut Raya Gaya Kampung Sungai Tiram

3

Ekonomi 7 bulan yang lalu

British Airways Sambung Laluan Ke KL Bermula November

4

Semasa 7 bulan yang lalu

Pemuda Benar Kereta Dipandu Budak Bawah Umur Boleh Didenda RM50,000

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia