web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Hanya Pekerja Miliki Surat Pengesahan Kementerian Boleh Lepasi SJR - KPN

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 06 Jun 2021 9:06PM

Surat pegesahan perlu bertarikh mulai 1 Jun, serentak dengan penguatkuasaan Sekatan Penuh Perintah Kawalan Pergerakan. - Gambar oleh Sadiq Asyraf

oleh

Zaidi Azmi

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Sekatan jalan raya (SJR) oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) hanya boleh dilalui oleh pekerja yang mempunyai surat pengesahan dari kementerian, jabatan atau agensi berkaitan sahaja.

Mengesahkan perkara itu, Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, surat itu perlu bertarikh mulai 1 Jun, serentak dengan penguatkuasaan Sekatan Penuh Perintah Kawalan Pergerakan.

Menurut beliau, garis panduan yang akan berkuat kuasa mulai Selasa ini, adalah komitmen Polis untuk mengekang penularan wabak COVID-19.

“Polis juga akan mengeluarkan permit pergerakan bagi mereka yang layak di bawah peraturan rentas sempadan iaitu hal-hal membabitkan ziarah kematian, kecemasan, dan bekerja sendiri.

“Bagi pekerja sendiri seperti tukang paip, tukang selenggara dan penjaja tepi jalan yang tiada majikan, permohonan bergerak hendaklah diperolehi daripada polis secara ‘one-off’,” jelasnya.

Mengulas lanjut Acryl Sani berkata, pekerja yang tidak dibenarkan beroperasi tetapi perlu untuk ke tempat kerja bagi tujuan khusus seperti penyediaan dokumen, invois pembayaran gaji dan sebagainya perlu mendapatkan kebenaran polis terlebih dahulu.

Tambah beliau, kebenaran bagi tujuan seperti ini juga akan diberi secara “one-off” dengan tempoh laku selama dua hingga tiga hari sahaja dan pemohon perlu mengemukakan surat pengesahan daripada majikan sebagai bukti.

Acryl Sani
Acryl Sani

“Bagi pengoperasian firma guaman dengan kakitangan seramai 20 peratus, surat akan dikeluarkan oleh Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU) yang berada di bawah naungan Jabatan Perdana Menteri (JPM) melalui MITI.

“Bagi pengamal undang-undang yang perlu hadir ke mahkamah untuk mewakili anak guaman dalam kes-kes yang baharu (reman Seksyen 117 Kanun Acara Jenayah) hendaklah menunjukkan dokumen bercetak atau surat firma guaman di SJR.

“Mereka yang gagal mengemukakan surat pengesahan atau mengemukakan surat pengesahan palsu akan dikenakan tindakan tegas di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988,” tegasnya.

Berikut adalah senarai kementerian, jabatan dan agensi yang mana surat pengesahan daripadanya akan diterima pakai sebagai bukti bagi membolehkan pekerja bergerak dari tempat kediaman ke tempat kerja:

1. Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) bagi sektor pembuatan dan perkhidmatan yang berkaitan.

2. Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) bagi sektor pengangkutan awam dan barangan keperluan.

3. Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) bagi sektor pertanian, perikanan, perladangan dan komoditi. MAFI hanya akan mengeluarkan surat pengesahan kepada pekebun kecil berlesen.

4. Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (MPIC) bagi sektor perladangan dan pengeluaran hasil komoditi seperti kelapa sawit, getah atau sebagainya. Ini termasuk  pekebun kecil, estet, nurseri, peniaga getah, pedagang dan pengilang yang memegang permit atau lesen dari Lembaga Getah Malaysia.

5. Bank Negara Malaysia (BNM) bagi sektor institusi kewangan dan insurans.

6. Suruhajaya Sekuriti (SC) bagi sektor urusniaga saham.

7. Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bagi sektor peniaga kecil, penjaja gerai makanan, pengendali trak makanan. Namun, surat pengesahan dari MITI adalah diperlukan bagi hal-hal pengeluaran lesen berniaga untuk pengurusan strata, sisa pepejal dan sanitasi.

8. Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) bagi perkhidmatan telekomunikasi, media, pos, kurier dan penyiaran.

9. Kementerian Dalam Negeri (KDN) pula akan bertanggungjawab untuk mengeluarkan surat pengesahan untuk agensi-agensi yang berada di bawah KDN seperti Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) dan sebagainya. - Getaran, 6 Jun 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

Mahkamah Tolak Saman Indira Gandhi Terhadap KPN, Kerajaan

2

Semasa 5 bulan yang lalu

Lelaki Israel Akan Dituduh Esok - KPN

3

Semasa 6 bulan yang lalu

Kertas Siasatan Ketua Pemuda UMNO Dirujuk Pejabat Peguam Negara Minggu Depan - KPN

4

Semasa 6 bulan yang lalu

Stoking Kalimah Allah: Jangan Ambil Tindakan Sendiri - KPN

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia