web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Pemilik Kenderaan Diesel Golongan B40, M40 Di Semenanjung Layak Mohon Budi Madani

Semasa Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 27 May 2024 9:51PM

Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pemilik kenderaan diesel persendirian bagi individu, petani kecil dan pekebun kecil komoditi daripada golongan B40 dan M40 di Semenanjung, layak memohon bagi sumbangan tunai kerajaan melalui Program Bantuan Subsidi MADANI atau BUDI MADANI, mulai esok (28 Mei).

Kementerian Kewangan menerusi kenyataan hari ini memaklumkan pemilik kenderaan diesel persendirian berdasarkan kriteria kelayakan tertentu, boleh membuat permohonan di bawah kategori BUDI Individu, manakala petani kecil dan pekebun kecil boleh memohon di bawah kategori BUDI Agri-Komoditi.

"Penerima yang layak di bawah kedua-dua kategori, akan disalurkan BUDI MADANI sebanyak RM200 sebulan seiring dengan pelaksandan penyasaran subsidi diesel," menurut kenyataan itu.

Kementerian Kewangan memaklumkan, pelaksanaan itu susulan Perutusan Negara oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada minggu lepas, berhubung keputusan Jemaah Menteri untuk melaksanakan penyasaran subsidi bahan api diesel melibatkan pengguna di Semenanjung.

Menurut kenyataan itu kriteria kelayakan bagi kategori BUDI Individu ialah, pemohon merupakan warganegara Malaysia; memiliki kenderaan diesel persendirian yang berdaftar dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) selain kenderaan mewah di bawah usia 10 tahun. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

198,046 Kenderaan Lulus Subsidi Diesel – KPDN

2

Semasa 2 minggu yang lalu

Subsidi Diesel Bersasar Langkah Tepat Pastikan Bantuan Sampai Kepada Golongan Sasar

3

Semasa 3 minggu yang lalu

Harga Diesel Tanpa Subsidi RM3.35 Seliter Mulai Tengah Malam Ini

4

Semasa 3 minggu yang lalu

Lebih 30,000 Pemohon Terima Bantuan Tunai Pertama BUDI MADANI Isnin Ini

Sorotan

1

Setem Rai Ulang Tahun Ke-100 Tambak Johor Mula Dijual Hari Ini

2

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan

3

Skuad B-16 Belasah Timor-Leste 5-0

4

PRK Sungai Bakap: Tiada Pusat Mengundi Awal Dibuka Pada 2 Julai – SPR

5

Hatrik Heberty Julang JDT, Tanigawa Sekat Hajat Terengganu

Disyorkan untuk anda

Sukan 1 hari yang lalu

Akhirnya, Hamidin Terima Perkenan Sultan Selangor Untuk Menghadap

oleh Wartawan Getaran

Semasa 23 jam yang lalu

Pemuda Maut Dibaham Buaya

Politik 1 hari yang lalu

‘PAS Takkan Mampu Bentuk Kerajaan Di Putrajaya’ - Tun M

oleh Wartawan Getaran

Semasa 19 jam yang lalu

PM Dahului Senarai Penerima Darjah, Bintang Kebesaran Hari Keputeraan Sultan Kedah 

oleh Rafisqi Radhi