web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Lebih 30,000 Pemohon Terima Bantuan Tunai Pertama BUDI MADANI Isnin Ini

Semasa Dikemaskini 3 minggu yang lalu · Diterbitkan pada 06 Jun 2024 1:06PM

- Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Lebih 30,000 pemohon individu, petani dan pekebun kecil komoditi telah diluluskan untuk menerima bantuan subsidi tunai di bawah inisiatif BUDI MADANI, setakat hari ini.

Kementerian Kewangan (MOF) dalam kenyataan hari ini memaklumkan penerima akan disalurkan bantuan tunai pertama berjumlah RM200 pada 10 Jun ini melalui akaun bank penerima, manakala penerima tanpa akaun bank boleh menuntut BUDI MADANI secara tunai dengan membawa MyKad di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) di seluruh Semenanjung Malaysia.

"Pemohon yang berkelayakan masih boleh mendaftar untuk menerima BUDI MADANI. Permohonan yang dibuat dalam bulan Jun 2024 layak menerima bayaran untuk bulan tersebut dan bulan seterusnya.

"Permohonan yang dibuat selepas Jun 2024 hanya layak menerima bayaran yang bermula pada Julai 2024 dan tidak akan mendapat bayaran untuk Jun 2024," menurut kenyataan itu.

BUDI MADANI adalah usaha kerajaan untuk memastikan peruntukan subsidi disasarkan kepada golongan yang layak meliputi bantuan individu (BUDI Individu), petani serta pekebun kecil (BUDI Agri- Komoditi) serta syarikat dan kenderaan pengangkutan (MySubsidi Diesel).

Pada masa sama MOF memaklumkan berdasarkan data permohonan setakat ini, majoriti pemohon yang tidak diluluskan disebabkan tidak memenuhi kriteria kelayakan ditetapkan, antaranya pemohon petani dan pekebun kecil yang tidak berdaftar di kementerian berkaitan.

Justeru MOF mengingatkan mana-mana pemohon individu yang tidak diluluskan untuk membuat semakan permohonan serta mengemukakan rayuan di laman sesawang BUDI MADANI iaitu https://budimadani.gov.my.

Bagi pemohon petani dan pekebun kecil yang masih belum berdaftar di agensi di bawah kementerian berkaitan dinasihatkan untuk berbuat demikian terlebih dahulu sebelum mengemukakan permohonan BUDI MADANI.

Maklumat lanjut berhubung syarat kelayakan BUDI MADANI boleh didapati di https://budimadani.gov.my atau menghubungi talian bantuan BUDI MADANI di 1-800-88- 2747/03-88824565 / 03-88824566 atau emel di budimadani@treasury.gov.my serta mengunjungi pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) di seluruh Semenanjung Malaysia.

Dianggarkan seramai 300,000 pemilik kenderaan diesel persendirian individu di Semenanjung Malaysia layak untuk menerima BUDI Individu manakala seramai 68,000 petani, 8,000 penternak dan 34,000 pengusaha akuakultur dengan skala kecil berkelayakan menerima manfaat BUDI Agri Komoditi. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

198,046 Kenderaan Lulus Subsidi Diesel – KPDN

2

Semasa 2 minggu yang lalu

Subsidi Diesel Bersasar Langkah Tepat Pastikan Bantuan Sampai Kepada Golongan Sasar

3

Semasa 3 minggu yang lalu

Harga Diesel Tanpa Subsidi RM3.35 Seliter Mulai Tengah Malam Ini

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Pemilik Kenderaan Diesel Golongan B40, M40 Di Semenanjung Layak Mohon Budi Madani

Sorotan

1

Setem Rai Ulang Tahun Ke-100 Tambak Johor Mula Dijual Hari Ini

2

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan

3

Skuad B-16 Belasah Timor-Leste 5-0

4

PRK Sungai Bakap: Tiada Pusat Mengundi Awal Dibuka Pada 2 Julai – SPR

5

Hatrik Heberty Julang JDT, Tanigawa Sekat Hajat Terengganu

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

2 Warga China Maut, 19 Selamat Bas Persiaran Terbalik Di Genting Highlands

Semasa 1 hari yang lalu

3 Maut, 4 Parah Traktor Pekerja Ladang Jatuh Gaung

Sukan 1 hari yang lalu

Piala FA: Terengganu Berpesta Gol, Kedah Bawa Bekalan Tipis Ke Alor Setar

Semasa 1 hari yang lalu

‘Syed Husin Insan Amat Rapat, Sentiasa Jadi Rujukan’ - PM