web statsweb stats

Berita Terkini

7 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Subsidi Diesel Bersasar Langkah Tepat Pastikan Bantuan Sampai Kepada Golongan Sasar

Semasa Dikemaskini 3 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 10 Jun 2024 9:19AM

- Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pelaksanaan penyasaran subsidi diesel disifatkan sebagai langkah tepat dalam memastikan bantuan disampaikan dengan berkesan kepada golongan sasar sekali gus dapat mengurangkan ketirisan sumber negara.

Antara yang menerima manfaat daripada pelaksanaan itu adalah pemilik kenderaan persendirian yang rata-ratanya menggunakan pikap dalam menjalankan urusan harian perniagaan secara kecil-kecilan.

DI KEDAH, pengusaha tanaman durian dan manggis, Azhar Ahmad, 64, berkata beliau menggunakan pikap untuk mengangkut hasil buah-buahan dari kebunnya yang terletak di daerah Yan dan kadangkala perlu membuat lebih lapan kali perjalanan pergi dan balik.

"Saya kerja sendiri, jadi duit minyak dan keperluan lain semuanya perlu tanggung sendiri. Harga diesel pula mahal jika dibandingkan sebelum ini tetapi apabila kerajaan buat penyasaran subsidi dan beri bantuan (BUDI MADANI), ia dapat meringankan sedikit bebanan kos kewangan saya," katanya kepada Bernama.

Bagi Tan Guan Cheong, 60, yang menjalankan perniagaan menjual sabun baju dan dobi layan diri di Jitra berkata beliau menggunakan pikap untuk menghantar berpuluh botol sabun yang dipesan pelanggan dari serata daerah dan ini memerlukan penggunaan diesel yang tinggi.

"Bantuan ini menunjukkan keprihatinan kerajaan dalam meringankan perbelanjaan peniaga kecil seperti saya yang kerap menggunakan diesel.

"Setiap hari saya perlu hantar bekalan kepada pelanggan menggunakan pikap kerana ini sahaja kenderaan besar yang ada dan mampu membawa barangan dalam kuantiti banyak," katanya.

Sementara itu, tinjauan Bernama di stesen-stesen petrol sekitar ibu kota malam tadi mendapati tiada kesesakan berlaku bagi pembelian bahan api itu.

Terdahulu, Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan mengumumkan harga diesel di semua stesen runcit Semenanjung ditetapkan pada kadar RM3.35 bagi setiap liter iaitu harga pasaran tanpa subsidi bermula 12.01 tengah malam ini.

Di bawah BUDI MADANI, bantuan tunai sebanyak RM200 sebulan diberikan kepada pemilik kenderaan diesel persendirian bagi individu, petani kecil dan pekebun kecil komoditi.

Pendaftaran bagi BUDI MADANI dibuka mulai 28 Mei lepas susulan pelaksanaan penyasaran subsidi diesel dan seramai 30,000 pemilik kenderaan diesel akan menerima RM200 bantuan tunai bulanan BUDI MADANI yang pertama bermula hari ini. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

198,046 Kenderaan Lulus Subsidi Diesel – KPDN

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Harga Diesel Tanpa Subsidi RM3.35 Seliter Mulai Tengah Malam Ini

3

Semasa 3 bulan yang lalu

Lebih 30,000 Pemohon Terima Bantuan Tunai Pertama BUDI MADANI Isnin Ini

4

Semasa 4 bulan yang lalu

Pemilik Kenderaan Diesel Golongan B40, M40 Di Semenanjung Layak Mohon Budi Madani

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Semasa 8 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 16 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Politik 16 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi