web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: Mantan Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin meninggal dunia pada usia 86 tahun hari ini 1 bulan yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 2 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 2 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 6 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan

IKUTI KAMI


Polis Masih Buru Penjenayah Samun Rumah Kieda Crepe

Semasa Dikemaskini 5 bulan yang lalu ยท Diterbitkan pada 03 Jun 2024 5:05PM

Siti Nur Khalieda Yusra mendakwa kerugian RM800,000 selepas peti besi mengandungi barang kemas dilarikan perompak yang memecah masuk kediamannya. - Gambar Instagram

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KEPALA BATAS - Polis masih mengesan suspek yang memecah masuk dan melarikan barang kemas dari kediaman pempengaruh Siti Nur Khalieda Yusra atau Kieda Crepe di sini pada 25 April, hingga menyebabkan dia kerugian ratusan ribu ringgit.

Pemangku Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) Supt Zulkeflee Sulaiman berkata siasatan kes itu masih diteruskan, namun setakat ini suspek yang terlibat belum
dapat dikenal pasti.

"Siasatan masih berjalan, kita tak tutup (kes). Memang suspek belum dikenal pasti sebab tiada saksi yang nampak ketika kejadian itu berlaku.

"Kita ada temukan tujuh kesan cap jari di lokasi kejadian, tetapi semakan mendapati tiada satu pun cap jari itu yang ada rekod dalam pangkalan data jenayah kita," katanya kepada Bernama.

Zulkeflee berkata pihaknya sentiasa memaklumkan mengenai perkembangan kes itu kepada pempengaruh tersebut, malah dia ada datang ke balai pada 22 Mei berjumpa dengan pegawai penyiasat kes.

Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan.

Terdahulu, pempengaruh berusia 27 tahun itu memuat naik sebuah video di akaun Tiktok mendakwa terpaksa mendedahkan kejadian itu, kerana selepas 40 hari berlaku susulan belum ada sebarang tangkapan dibuat terhadap suspek.

Dalam video tersebut, Kieda mendakwa dia kerugian RM800,000 selepas peti besi mengandungi barang kemas dilarikan perompak yang memecah masuk kediamannya dan berkata dirinya serta suaminya trauma dengan kejadian tersebut.

Media sebelum ini melaporkan seorang usahawan pencuci mulut dan pempengaruh popular, kerugian hampir RM500,000 selepas kediamannya di Pokok Sena di sini dipecah masuk dan difahamkan kejadian berlaku kira-kira jam 11 malam dan ketika itu tiada penghuni di kediaman tersebut. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 5 bulan yang lalu

Polis Antara 4 Lelaki Didakwa Rompak 2 Warga Bangladesh

2

Video & Galeri 9 bulan yang lalu

Makin Berani Penjenayah Sekarang...

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Pegawai SPRM Direman Disyaki Terbabit Kes Rompakan RM700,000

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Terbabit Rompakan, SPRM Sahkan Pegawai Ditahan

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia