web statsweb stats

Berita Terkini

10 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Polis Antara 4 Lelaki Didakwa Rompak 2 Warga Bangladesh

Semasa Dikemaskini 4 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 24 May 2024 8:05PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Empat lelaki termasuk seorang anggota polis antara yang didakwa di Mahkamah Sesyen berasingan di sini hari ini atas pertuduhan melakukan rompakan berkumpulan terhadap dua lelaki warga Bangladesh, dua minggu lepas.

Di hadapan Hakim Izralizam Sanusi, Koperal Norizam Ambiah, 34, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan bersama seorang lagi yang masih bebas menyamun barang kemas termasuk rantai dan gelang tangan bernilai RM264,000, wang tunai RM4,202, sebuah telefon bimbit, visa dan kad Touch N Go milik Arif Hossain serta barang kemas bernilai RM231,000 dan pelbagai barangan lain termasuk wang tunai RM3,600 dan enam telefon bimbit milik Shakel Ahmed.

Kejadian itu didakwa dilakukan di kaunter parkir kereta di hadapan sebuah pusat beli-belah di Jalan Munshi Abdullah di sini, pada 1.05 petang, 11 Mei lepas.

Pertuduhan mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Nor Aisyah Mohamed Zanyuin tidak menawarkan jaminan, namun jika mahkamah menggunakan budi bicara untuk memberikan ikat jaminan, pihaknya mencadangkan tertuduh diikat jamin RM15,000 dengan seorang penjamin.

Peguam Harcharanjit Singh yang mewakili Norizam memohon jaminan rendah atas alasan anak guamnya menanggung keluarga.

Izralizam kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin dan perlu melaporkan diri di balai polis berhampiran setiap bulan sehingga kes selesai serta menetapkan 2 Julai ini untuk sebutan semula kes bagi serahan dokumen.

Sementara itu, di hadapan Hakim Datuk Nu'aman Mahmud Zuhudi, tiga lagi tertuduh iaitu Muhammad Kamaruzzaman Imran, 34, Muhamad Azam Ab Rahim, 33, dan Roshaizol Lajat, 45, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan mengikut seksyen sama di lokasi, masa dan tarikh tersebut.

Timbalan Pendakwa Raya Illya Syaheedah Mohd Razif menawarkan jaminan RM12,000 kepada setiap tertuduh manakala peguam Tharamjit Singh yang mewakili ketiga-tiga tertuduh memohon jaminan rendah atas alasan mereka menanggung keluarga.

Nu'aman yang menetapkan sebutan kes pada 28 Jun ini, membenarkan setiap tertuduh diikat jamin RM8,000 dengan seorang penjamin. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

Polis Jumpa Beg Tangan Wanita Dipercayai Milik Nur Farah Kartini

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Polis Masih Buru Penjenayah Samun Rumah Kieda Crepe

3

Video & Galeri 7 bulan yang lalu

Makin Berani Penjenayah Sekarang...

4

Semasa 8 bulan yang lalu

Hanya Segelintir Pegawai, Anggota Polis Bermasalah, Terlibat Jenayah - KPN

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 19 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 12 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Semasa 19 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka