web statsweb stats

Berita Terkini

12 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Hanya Segelintir Pegawai, Anggota Polis Bermasalah, Terlibat Jenayah - KPN

Semasa Dikemaskini 8 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 13 Jan 2024 12:19PM

gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, hanya segelintir pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang bermasalah dan terlibat dengan aktiviti jenayah.

Justeru, katanya, masyarakat tidak perlu bimbang dan sebaliknya terus memberi kepercayaan kepada pasukan keselamatan itu untuk menjalankan siasatan telus berkaitan kes-kes jenayah melibatkan pegawai dan anggotanya.

Menurut Razarudin, setiap anggota polis sentiasa diselia oleh penyelia masing-masing dan Polis Diraja Malaysia mempunyai kaedah sendiri untuk mengendalikan pegawai dan anggotanya termasuk menangkap mereka yang terlibat jenayah.

"Dalam 137,000 keanggotaan polis, tidak sampai dua peratus pun polis melakukan kesalahan tatatetib atau terlibat jenayah kerana mereka ini diselia pegawai atasan.

"Sebagai contoh, 15 minit sebelum bertugas mereka (anggota polis) akan diberikan taklimat 'roll call' oleh penyelia, begitu juga dengan penggunaan pistol.

"Taklimat 'roll-call' dalam kalangan anggota polis bertujuan mengelakkan perbuatan menyeleweng daripada tugas," katanya kepada BERNAMA baru-baru ini.

Razarudin berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai penahanan dua anggota polis berpangkat Konstabel dan Lans Koperal yang disyaki terlibat dalam kes samun dan rogol seorang penuntut sebuah kolej swasta di Bukit Ampang View, di sini, pada Selasa lalu.

Semalam, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan dilapor berkata, dua anggota polis peronda berkenaan turut ditahan kerja hingga siasatan kes berkenaan selesai.

Ketua Polis Negara itu juga berkata, beliau sudah mengeluarkan arahan kepada semua Ketua Polis Daerah di seluruh negara supaya menyelia pegawai dan anggota masing-masing.

"Takkanlah disebabkan dua anggota polis yang bermasalah ini (menyamun dan merogol penuntut), saya perlu menukar modul pengajaran polis?," katanya.

Razarudin berkata, di dalam perkhidmatan polis, banyak prosedur dan pelbagai arahan mesti dipatuhi setiap pegawai dan anggota antaranya perlu mengangkat sumpah supaya tidak terlibat dengan dadah dan lain-lain aktiviti jenayah.

"Walaupun mereka ini telah mengangkat sumpah dan telah diselia, sebagai manusia biasa kita tidak akan terlepas daripada melakukan kesilapan," katanya.

Bagaimanapun, Razarudin menegaskan, PDRM tidak akan berkompromi dengan mana-mana pegawai mahupun anggotanya yang terlibat dengan jenayah.

Katanya, sebarang perlakuan jenayah melibatkan pegawai dan anggota polis akan disiasat secara telus dan berharap masyarakat memberi kepercayaan penuh kepada polis.

"Sebagai contoh, anggota polis yang dituduh melanggar seorang pelajar sekolah menengah sehingga maut, kita tidak berselindung dan dakwa dia (anggota polis terlibat) di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana bunuh, jadi memang tiada kompromi," katanya.

Pada Disember lalu, seorang pegawai kanan polis berpangkat DSP ditahan bagi membantu siasatan kemalangan maut melibatkan pelajar Tingkatan Lima berhampiran sebuah sekolah menengah di Meru, Ipoh.

Mengenai empat anggota polis yang ditahan baru-baru ini kerana disyaki terlibat dalam memproses ketum dipercayai untuk kegunaan sendiri, Razarudin berkata, pihaknya akan menyiasat perkara itu termasuk menjalankan ujian saringan air kencing. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

Polis Jumpa Beg Tangan Wanita Dipercayai Milik Nur Farah Kartini

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Mahkamah Tolak Saman Indira Gandhi Terhadap KPN, Kerajaan

3

Semasa 4 bulan yang lalu

Polis Antara 4 Lelaki Didakwa Rompak 2 Warga Bangladesh

4

Semasa 5 bulan yang lalu

Lelaki Israel Akan Dituduh Esok - KPN

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 14 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Politik 21 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 13 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 21 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka